KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) bermula hari ini hingga 26 Januari 2015.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, Perdana Menteri dalam lawatan itu akan merasmikan Razak Science Centre (RSC) di Malvern College, Worcestershire.
“Penamaan RSC adalah sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein.
“Selain itu, Perdana Menteri sendiri merupakan alumni kepada Malvern College. RSC akan menjadi pusat setempat bagi semua aktiviti dan pembelajaran berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan serta matematik kolej tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan, Najib akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri UK, David Cameron pada 26 Januari 2015 bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan hubungan dua hala.
Menurut kenyataan itu, pemimpin kedua-dua berkenaan akan turut membincangkan UK perkembangan isu-isu serantau dan antarabangsa.