• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustafa Ali Mahu Pakatan Rakyat Berpecah – DAP

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersungguh-sungguh mahu Pakatan Rakyat (PR) berpecah?,” kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching.

Katanya, Musafa dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah beberapa kali menyebut tidak berhasrat membawa PAS keluar daripada PR tetapi tingkah laku kedua-dua pemimpin PAS itu menunjukkan sebaliknya.

Malah, katanya, bukan baru sekali pemimpin PAS mengkritik pemimpin parti sekutunya termasuk Abdul Hadi yang memperkecilkan kemampuan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar dalam pilihan raya kecil Kajang tahun lalu.

“Jika Abdul Hadi dan Setiausaha Agung beliau menghargai sekutu mereka dalam PR, mengapa mereka membuat serangan peribadi secara terbuka seperti itu.

“Presiden PAS sendiri enggan menghadiri Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR yang cuma dia tahu mengapa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nie Ching dalam pada itu menyelar Mustafa kerana menganggap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak layak berada dalam kepimpinan tertinggi PR.

Beliau menyindir Mustafa bahawa Guan Eng layak berada kepimpinan tertinggi PR kerana Guan Eng merupakan pimpinan tertinggi dalam DAP yang dipilih dalam pemilihan parti.

“Mengenepikan Guan Eng daripada pimpinan PR sama juga seperti mahu mengenepikan DAP daripada gabungan itu,” katanya.

Tags: DAPMustafa Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd