• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Adakan Pertemuan Tertutup Dengan MB Kelantan

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Muhyiddin tiba pada pukul 12.30 tengah hari dan dipercayai pertemuan itu diadakan berkaitan dengan bencana banjir besar yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.

Turut hadir dalam pertemuan kira-kira 50 minit itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas Bencana Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Thajudeen Abdul Wahab.

Muhyiddin yang mengadakan lawatan sehari bagi meninjau keadaan pasca banjir, kemudian mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir negeri Kelantan di Hotel Sutera Inn Prima pada pukul 2 petang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan kemudian menyertai gotong-royong pembersihan akibat bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Tanjung Cenak di Pasir Mas.

Lawatannya berakhir dengan beliau menyertai gotong-royong pembersihan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di Rantau Panjang, Pasir Mas. – BERNAMA

Tags: Ahmad Yakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hormati Jalur Gemilang, Lambang Kedaulatan Negara

10/08/2017
0

PASIR PUTEH - Jalur Gemilang perlu dihormati dan dikibarkan kerana ia merupakan simbol dan lambang kedaulatan Malaysia yang tercinta, kata...

MB Kelantan Dahului Penerima Darjah Kebesaran Kelantan

12/11/2016
0

KOTA BHARU Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengetuai senarai penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd