• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kalau Australia Tak Bagi Ekstradisi, Kes Sirul Boleh Dibawa Ke Sana

oleh AK-47
17/01/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEDIA Australia Sydney Morning Herald pada Khamis melaporkan, kerajaan Australia akan menolak permohonan ekstradisi ke atas bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar oleh Malaysia kerana negara berkenaan tidak menyokong pelaksanaan hukuman mati.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jika itu berlaku maka Malaysia boleh membawa kes Sirul ke Mahkamah Australia dan kemudian membiarkan mahkamah negara itu memutus dan mengeluarkan perintah seterusnya.

BACA JUGA : Kes Altantuya : Azilah Dan Sirul Ke Tali Gantung Juga

Sirul bersama seorang lagi bekas anggota UTK Azilah Hadri yang merupakan tertuduh bagi kes pembunuhan gadis Mongolia Altantuya Sharibuu, dikekalkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, Selasa lepas.

Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kedua-duanya daripada tuduhan itu sebelumnya.

Sirul bagaimanapun, tidak menghadiri prosiding kerana berada di Australia sejak Oktober lepas. Menurut undang-undang negara kanggaroo itu, pesalah yang dijatuhi hukuman mati dilarang daripada dihantar pulang ke negara asal untuk dibicarakan.

Wan Junaidi berkata, perkara itu kini sedang dibincang secara terperinci oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Pada masa ini kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia masih berusaha berbincang dengan pihak berkuasa Australia untuk mengekstradisi Sirul Azhar,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, pada Jumaat. – MYNEWSHUB.CC

Sirul Azhar Umar Dan Azilah Hadri Dihukum Mati

http://youtu.be/7xaGL-5iNIo

Tags: AltantuyaAustralia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Dijangka Catat Pendapatan Kukuh Pada 2015

Next Post

Anggota ‘Geng Mamak’ Didakwa Simpan Kereta Curi, Merompak

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

05/01/2025
0

SYDNEY - Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Anggota 'Geng Mamak' Didakwa Simpan Kereta Curi, Merompak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd