• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Saman Fitnah Maybank Terhadap NUBE

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini kalah dalam kes saman fitnah terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan setiausaha agungnya, J.Sandagran Solomon berhubung kenyataan brbaur fitnah terhadap syarikat itu yang disiarkan dalam laman web NUBE.

Ketika menolak saman berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng memutuskan kesatuan sekerja itu dan pegawainya memiliki imuniti daripada disaman mengikut Seksyen 22 Akta Kesatuan Sekerja 1959.

“Defendan memiliki imuniti daripada disaman mengikut Seksyen 22 akta berkenaan,” kata beliau dalam penghakiman ringkas dan memerintahkan Maybank supaya membayar kos RM30,000 kepada kedua-dua defendan.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan daripada dua saksi dari bank berkenaan dan testimoni daripada Solomon.

Pada 24 Nov 2011, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan NUBE untuk membatalkan saman itu.

Bagaimanapun, berikutan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 2012, bank berkenaan berjaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan saman itu kemudian didengar dalam perbicaraan penuh.

Maybank memfailkan saman pada 22 April 2011 dengan mendakwa Solomon, bertindak mewakili dirinya sendiri dan NUBE, telah pada Februari atau Mac 2011, menerbitkan artikel mengandungi kenyataan berbaur fitnah terhadap syarikat itu dalam laman web NUBE.

Ia mendakwa kenyataan itu bermaksud bahawa plaintif (Maybank) telah menjalankan hal ehwalnya secara tidak amanah dengan mahu menggunakan dananya bagi manfaat pengurusan kanannya sahaja dengan meminggirkan pekerjanya.

Antara lain, plaintif mendakwa kenyataan itu menunjukkan plaintif (bank) mengendalikan hal ehwalnya dengan cara yang amat menindas dan bersifat mengeksploitasi.

Bank itu menegaskan syarikat itu menanggung kesan yang amat serius dalam urusan perniagaan, reputasi dan nama baik berikutan penerbitan kenyataan berkenaan.

Ia mamohon ganti rugi bagi libel, ganti rugi teruk dan injunksi untuk menghalang defendan daripada menyiarkan kenyataan berbaur fitnah yang serupa terhadap bank itu.

Peguam B. Gajendran dan Alex De Silva mewakili defendan manakala peguam Datuk M. Pathmanathan mewakili Maybank. – BERNAMA

Tags: Maybanksaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd