• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Tiada Pengesahan Dibuat Dengan Bank

oleh Ahmad Albab
07/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar hari ini memberitahu mahkamah beliau tidak membuat sebarang pengesahan dengan Public Bank berhubung dakwaan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh membeli lapan unit hartanah di sini menggunakan dana awam di bawah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata beliau juga tidak pernah menghubungi pihak bank atau menghantar surat kepada mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu (pembelian lapan unit hartanah).

“Saya hanya melihat dokumen bank yang didedahkan oleh Mohd Rafizi Ramli (ketika itu Pengarah Strategi PKR) pada sidang media 7 Mac 2012 dan dokumen itu juga diedarkan kepada pihak media,” kata Naib Presiden PKR itu.

Nurul Izzah berkata demikian di Mahkamah Tinggi di sini ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman difailkan Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif NFCorp, terhadapnya dan Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya beliau juga tidak pernah bertanya kepada Mohamad Salleh berhubung pembelian hartanah itu sebelum mengadakan sidang akhbar berkenaan.

Ketika ditanya peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau pernah menghantar surat kepada Mohamad Salleh untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pembelian hartanah itu, Nurul Izzah menjawab: “Saya tidak terfikir untuk berbuat demikian kerana peranan saya ialah sebagai seorang anggota Parlimen dan bukannya sebagai seorang peguam”.

Katanya beliau tidak pernah berhubung dengan pihak pemaju hartanah tersebut iaitu SP Setia Berhad untuk mendapat pengesahan berhubung pinjaman yang diambil Mohamad Salleh untuk membeli lapan unit hartanah itu.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa sekiranya Mohamad Salleh menggunakan dana awam untuk membeli lapan unit hartanah, ia adalah satu kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, Nurul Izzah mengakui beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa Mohamad Salleh menggunakan dana awam untuk membeli lapan unit hartanah itu.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Public Bank ada menawarkan pinjaman kepada Mohamad Salleh dan anak lelakinya untuk membiayai pembelian hartanah itu.

Ketika disoal Muhammad Shafee mengenai tidak ada sebarang perjanjian yang ditandatangani Mohamad Salleh berhubung pembelian hartanah itu, Nurul Izzah berkata: “Terdapat surat tawaran yang sama seperti perjanjia, jadi ada perjanjian”.

Bagaimanapun, peguam itu menegaskan bahawa ia bukanlah satu perjanjian tetapi satu format daripada pihak bank untuk satu tawaran pinjaman.

Pada 24 Disember 2013, Mohamad Salleh dan syarikatnya, NFCorp memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Mohd Rafizi yang mendakwa Mohamad Salleh membeli lapan unit hartanah KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.

Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalahgunakan dana NFCorp untuk membeli unit hartanah berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 4 Februari bagi mendengar hujahan kedua-dua pihak. – BERNAMA

Tags: Nurul Izzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd