• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lisa Buat Pemerhatian Untuk Bawa Watak Wanita Hamil

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Lisa Surihani memberitahu cara dia mendalami watak wanita mengandung dalam filem Suamiku Mr Perfect 10 adalah melalui pemerhatian terhadap saudara dan rakan-rakan yang melalui perkara itu.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, berkata, dia mencampurkan semua pemerhatian terhadap ibu mengandung yang berada disekelilingnya bagi melakonkan watak tersebut dengan berkesan.
“Saya tidak pernah mengandung sebelum ini jadi agak sukar untuk membawakan watak tersebut.

“Tetapi saya cuba membuat pemerhatian dan bertanya pengalaman tersebut daripada saudara serta rakan terdekat yang melalui pengalaman itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Lisa bakal bergandingan dengan aktor Aaron Aziz dalam filem yang bakal ditayangkan bermula 22 Januari ini.

Bercakap tentang lakonan mantap dan keserasian kedua-dua mereka menghidupkan lagi watak dan jalan cerita, Lisa berkata, dia juga terkejut dengan perkara itu.

Katanya, komitmen dan tahap profesional kedua-dua mereka membuatkan watak tersebut dapat dibawa dengan baik.

“Saya tidak sangka dan terkejut juga bila ramai yang beritahu kami sangat serasi dan bersahaja dalam filem ini.

“Sebelum ini kami hanya bergandingan dalam Ombak Rindu tetapi dalam beberapa babak sahaja.

“Bagi saya, apa yang penting ialah komitmen dan kerja yang kita buat itu perlu ikhlas,” katanya.

Filem Suamiku Mr Perfect 10 bakal ditayangkan diseluruh negara bermula pada 22 Januari ini. – mStar Online

Tags: Lisa Surihanipelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd