• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 300 Rakyat China Jadikan Malaysia Transit Sertai IS

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih 300 rakyat China menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke negara ketiga dan seterusnya memasuki Syria dan Iraq untuk menyertai kumpulan militan IS, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Keselamatan Awam China Meng Hongwei dalam pertemuan mereka di pejabat Ahmad Zahid di sini, pada Rabu.

Ahmad Zahid berkata Kuala Lumpur dan Beijing memandang berat isu ancaman keselamatan dan komited untuk mengekang masalah itu secara lebih teliti.

“Walaupun ada perjanjian antara Malaysia dan China untuk atasi masalah keganasan dengan tindakan menangani keganasan, tapi masalah ini berat.

“Ini kerana kita dapati terdapat jalinan di peringkat antarabangsa antara pengganas-pengganas dari China dengan pengganas-pengganas dari negara lain di rantau Asia Tenggara,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Meng itu.

Ditanya mengenai kemungkinan kumpulan rakyat China itu mempunyai jalinan dengan penduduk tempatan di negara ini, Ahmad Zahid berkata buat masa ini tiada maklumat mengenainya diterima.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata buat masa ini belum ada sebarang cadangan atau perbincangan untuk memberikan visa percuma kepada pelancong dari negara lain kecuali China.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas berkenaan perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara pada Selasa, berkata pemberian visa secara percuma kepada pelancong antaranya dari China bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata pelancong dari negara Tembok Besar itu yang berhasrat datang ke Malaysia tetap perlu memohon visa.

“Visa tetap perlu dipohon. Tetapi yang dikecualikan (percuma) adalah bayaran sebanyak 80 Yuan Renminbi yang dikenakan ketika ini.

Katanya kabinet memutuskan bahawa pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan pemberian visa percuma itu akan dibuat selepas semua peraturan dan syarat-syarat diperhalusi oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Selepas itu kita akan umum secara rasmi di Kedutaan Malaysia di China dan semua Konsulat Jeneral Malaysia di China,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd