• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporkan Segera Kerosakan Peralatan Sekolah – TPM

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah yang terjejas dengan banjir supaya mengemukakan laporan kerosakan peralatan dan buku-buku sekolah secepat mungkin kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi membolehkan peralatan itu digantikan segera untuk memastikan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dengan segera serta belajar dengan selesa apabila sesi persekolahan bermula minggu depan.

“Kita dah dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang kerosakan yang dialami dan penggantian kerusi, meja, buku teks yang belum sempat diedarkan kepada pelajar sudah rosak, kita akan belanja lebih untuk ganti semula dengan segera.

“Segala pembaikan atau penggantian peralatan persekolahan yang rosak akan dilaksanakan segera di sekolah yang telah dikenal pasti terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir bagi negeri Pahang di Pejabat Daerah Jerantut di sini Khamis.

Muhyiddin berkata, dalam masa yang sama, 56 buah sekolah di tiga buah negeri yang terjejas akibat banjir dan masih dijadikan pusat pemindahan, dibenar untuk melewatkan permulaan sesi awal persekolahan.

“Ia melibatkan 34 buah di Pahang, 18 di Perak dan empat buah di Kelantan dan sekolah-sekolah ini perlu menggantikan semula waktu persekolahan itu pada waktu yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar, di sini, Muhyiddin menyerahkan peruntukan berjumlah RM25.7 juta sebagai bantuan awal persekolahan kepada Jabatan Pelajaran Pahang.

Bantuan berkenaan diserahkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Pahang Mohd Rosdi Ismail.

Peruntukan itu diumumkan menerusi Bajet 2015 sebelum ini membolehkan setiap keluarga menerima RM100 untuk membeli kelengkapan persekolahan seperti uniform sekolah dan alat tulis.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata pemberian tersebut diharap dapat mengurangkan beban ditanggung mangsa banjir yang berdepan dengan masalah kewangan ekoran kehilangan harta benda termasuk kediaman mereka ketika musibah itu melanda.

“Saya harap semua supaya tabah dan bersabar dengan ujian daripada Allah ini. Kerajaan akan bertindak segera untuk memberi bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

“Kita juga perlu ambil iktibar daripada kejadian ini dengan perlu lebih peka menjaga alam sekitar dan jangan menebang hutan serta memotong balak secara melampau,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd