• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurator Adat Dan Warisan S’gor Dituduh Rasuah RM38,000

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang Kurator Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dihadapkan ke Mahkamah Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam, Selangor kerana dituduh mengambil rasuah sebanyak RM38,000 daripada sebuah syarikat membekal alat muzik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, Mohd Subli Musa, 35, turut menghadapi tuduhan memperakukan dokumen yang mengandungi butiran palsu untuk tujuan itu namun mengaku tidak salah.

“Tertuduh didakwa memperakukan penerimaan peralatan muzik bagi kerja-kerja pembekalan peralatan muzik tradisional kepada Kumpulan Kesenian Padat yang mana Pesanan Kerajaan yang dikeluarkan mengandungi butiran matan palsu iaitu memperakui Keyboard Yamaha berharga RM7,140.00 telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ia tidak dibekalkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, tertuduh didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan melalui penglibatan secara langsung dalam pembelian peralatan muzik berharga RM49,800 dari Security Multi Solutions bagi pelaksanaan kerja-kerja pembekalan peralatan muzik tradisional kepada Kumpulan Kesenian PADAT melalui Pesanan Kerajaan.

Jelas kenyataan itu, hasil pembelian tersebut, tertuduh didakwa telah dibayar RM38,000 oleh Security Multi Solutions yang jika sabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah, Datuk Noradidah Ahmad membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Februari 2015 sebagai tarikh sebutan semula

Sementara itu di Johor Baharu, seorang penyelia tapak pembalakan yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku salah memberi rasuah RM3,000 kepada pegawai Jabatan Imigresen tahun lalu.

Teo Yau Hooi, 57, didakwa melakukan kesalahan itu supaya Jabatan Imigresen tidak mengambil tindakan ke atas empat pekerja warga Indonesia yang tidak memiliki pasport.

SPRM memberitahu, Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM20,000 dan penjara sehari ke atas tertuduh.

“Keempat-empat warga Indonesia bekerja di kawasan tapak pembalakan Plot A, Hutan Simpan Seluyut, Pengerang, Kota Tinggi, Johor pada 21 Oktober 2014,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Gurauan Ekstrem… Campak Rakan Tengah Tidur

Next Post

Ahmad Maslan: Nafi BR1M Mula Dibayar 11 Januari Lalu

Related Posts

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran...

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Next Post

Ahmad Maslan: Nafi BR1M Mula Dibayar 11 Januari Lalu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd