• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Popular Bukan Jaminan, Virus Gagal Ke Final MLM 2014

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kumpulan Virus gagal melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Februari depan.

Pengumuman itu dibuat juri tetap MLM 2014 iaitu Nur Fazura pada peringkat separuh akhir yang berlangsung di Shah Alam Royal Theater di sini, Jumaat malam.

Penyingkiran Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Tauke dan Pak Yus telah melayakkan lima peserta lain mara ke peringkat akhir.

Lima peserta yang bakal bertanding adalah Sepahtu, Bocey, Zero dan Shiro.

Manakala satu-satunya peserta solo iaitu Nabil Ahmad turut melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pada peringkat separuh akhir, kesemua peserta perlu melakukan dua persembahan dengan tema ‘props’ dan loghat.

Empat juri profesional yang mengadili peserta pada malam itu adalah Datuk Jalaluddin Haasan, Farah Queen, Taufiq Batisha dan Nur Fazura.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, secara keseluruhannya kesemua peserta memberikan persembahan terbaik pada malam itu.

Bagaimanapun katanya, persembahan Virus pada malam itu agak hambar dan bukti populariti tidak boleh dijadikan sandaran untuk menempah tiket ke final.

“Kesemua yang mara ke pertandingan akhir adalah layak kerana mereka telah memberikan persembahan terbaik dan jelas dapat dilihat kesungguhan mereka.

“Begitu juga Virus cuma kemunculan mereka hambar dan kali ini bukan rezeki mereka,” katanya.

MLM 2014 disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Mustika HD. – mStar

Tags: Maharaja Lawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda Kongsi Pengalaman Dibantu Shuib Sepahtu

23/10/2017
0

BUKAN sahaja bersikap romantik dan penyayang kepada isteri dan anak-anak, malah pelawak terkenal, Shuib Sepahtu juga seorang yang gemar membantu...

Tiada Tekanan Kerja, Jep Sepahtu Lebih Selesa Di Stesen Radio

08/06/2016
0

PELAWAK Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd Nadzi Zainal Abidim, 31, aku bahawa dia lebih selesa berada di konti radio...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd