• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kieran Sertai Sinar FM Bermula Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persoalan kehilangan bekas deejay Hot FM iaitu Kieran yang meninggalkan stesen radio itu bulan lalu terjawab apabila dia mengesahkan untuk menyertai Sinar FM bermula Sabtu ini.

Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran, 40, berkata, dia menerima tawaran itu sebagai deejay sambilan sahaja dan hanya keudara pada setiap hujung minggu sahaja.

“Saya akan bekerja secara sambilan si Sinar FM bermula minggu ini, mereka memang tawarkan untuk buat fulltime tetapi saya tidak bersedia lagi.

“Namun saya berhenti Hot FM bukan sebab tawaran lumayan Sinar FM, sebaliknya mereka buat tawaran selepas memgetahui saya sudah berhenti dari Hot FM,” ujarnya kepada mStar Online.

Kieran ditemui selepas selesai mengacarakan sidang media pelancaran Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, menurut Kieran keputusan untuk berhenti daripada stesen radio Hot FM sudah difikirkan sejak awal tahun 2014 lagi.

Dia menarik diri selepas menyedari usianya sudah tidak sesuai untuk mengendalikan stesen radio tersebut yang lebih menyasarkan pendengar daripada golongan muda.

“Saya sudah fikir perkara ini sejak awal tahun 2014 kerana usia sudah lanjut dan tidak sesuai untuk berada dengan Hot FM. Sebelum mereka buang, baik saya berhenti sendiri.

“Saya nak beri peluang pada penyampai baru dan stesen radio itu untuk cari pembaharuan mereka dengan suara-suara baru.

“Selain itu, saya sudah ada perancangan untuk mencari sumber pendapatan lain iaitu mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku, Kieran Food Products yang mula beroperasi pada Oktober tahun lalu,” ujarnya.

Selain itu dia juga sedang mengintai peluang dan mencuba nasib untuk menjadi pengulas sukan di Astro Arena atau mana-mana stesen televisyen yang berminat.

Kieran berkata, minat yang mendalam terhadap bidang sukan membuatkannya ingin lebih serius dalam bidang pengacara dan pengulas sukan.

“Saya sekarang tidak terikat dengan mana-mana stesen, jadi saya mencari peluang untuk jadi pengulas sukan di Astro Arena atau RTM,” ujarnya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=eVZBEfibsSQ

Tags: DJ radio
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lompat Tak Salah, Selagi Tak Langgar Kontrak” – Shahrol

07/08/2018
0

PELAWAK Shahrol Shiro memberitahu tindakannya berpindah-pindah stesen radio bukan satu kesalahan selagi ia tidak melanggar sebarang kontrak. Penyampai segmen Team...

Issey, Shahrol (Shiro) Muka Baharu Suria FM

06/08/2018
0

PELAWAK Shahrol (Shiro) dan bekas penyampai Hot Fm, Issey Fazlisham diumum sebagai penyampai baharu segmen Team Suria Pagi bermula Isnin....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd