• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khutbah Jumaat Bukan Untuk Lahirkan Golongan Ekstrem

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Fungsi utama khutbah Jumaat adalah untuk menasihati dan juga mendidik umat Islam dalam hal seperti bersederhana dalam kehidupan seharian, jauh menyimpang daripada melahirkan umat yang berfahaman ekstrem, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau kecewa dengan tuduhan kononnya khutbah Jumaat digunakan sebagai platform untuk menyemai ekstremisme dalam kalangan umat Islam.

Beliau mengulas catatan seorang peguam dalam laman Twitternya dalam bahasa Inggeris yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat.

“Sebelum sebarang teks ucapan khutbah diedarkan di masjid-masjid setiap negeri, ia disusun oleh panel berkelayakan yang ditugaskan bagi mengarang teks khutbah itu.

“Selain itu, ia perlu melalui tapisan oleh beberapa panel penilai yang terdiri daripada agamawan dalam pelbagai disiplin ilmu berkaitan Islam,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Mohamad Shukri berkata di negeri ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) melantik 10 anggota panel penilai, bagi menapis setiap teks khutbah sebelum diedarkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut menyelar tindakan peguam berkenaan dengan berkata kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

“Khutbah pada setiap Jumaat adalah medium untuk kita (umat Islam) menghayati agama Islam itu sendiri. Khutbah bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelampau agama,” kata Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata beliau kesal dengan tindakan peguam itu yang sepatutnya lebih faham tentang undang-undang negara.

“Saya kesal dengan tindakan beliau yang berselindung di sebalik hak asasi untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang negara.

“Sangat wajar untuk beliau dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanMufti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd