• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketika Jiran Berkabung, Singapura Meriah ‘Bergegar’ Rai 2015

oleh
02/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pada ketika dua buah negara jirannya, Malaysia dan Indonesia sanggup membatalkan pelbagai majlis meriah berunsur hiburan bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu 2015, lain pula halnya yang berlaku di Singapura lewat malam tadi.

Pulau tersebut ‘bergegar’ meraikan kalendar baharu tahun Masihi itu dengan pesta terbesar dikenali sebagai SG50 menerusi pelbagai acara khas di setiap pelusuk negara kecil berkenaan yang juga sempena jubli emas 50 tahun kemerdekaan Singapura kali ini.

Tumpuan utama pastinya di Marina Bay Floating Platform di Teluk Singapura menghadap panorama pencakar langit pusat bandar republik itu dengan konsert selama tujuh jam tanpa henti melibatkan 50 bintang muzik ikon tempatan dari era 1960-an sehingga kini.

Puluhan ribu rakyat sanggup membanjiri dataran terapung di muara Sungai Singapura untuk berhibur dengan persembahan lagu-lagu malar hijau termasuk dari artis kumpulan popular Korea Selatan, Bingbang dan penghibur No.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Penganjur utama parti terbesar dalam sejarah republik itu, stesen penyiaran milik pemerintah, MediaCorp juga mengumumkan derma S$100,000 (RM264,398) untuk mangsa banjir di Malaysia yang akan disampaikan melalui Persatuan Palang Merah Singapura.

Turut hadir ialah Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam dan acara kemuncak ialah percikan bunga api bergemerlapan ke udara serentak bertema SG50 di beberapa lokasi berbeza mewarnai ruang angkasa seluruh Singapura tepat pukul 12 tengah malam tadi.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tidak ketinggalan menyambut tahun baharu dengan menghadiri aktiviti komuniti di Bishan-Ang Mo Kio Park malam semalam sambil mencatat harapan peribadi di atas tablet diperbuat daripada 2,500 kepingan tanah liat.

Acara kemasyarakatan sempena meraikan SG50 itu juga mencipta rekod dunia baharu Guinness apabila 12,000 orang memakai topi belon pada waktu sama sekali gus mengatasi catatan dahulu hanya 4,000 orang di Utah, Amerika Syarikat pada 2007.

Beliau meminta rakyat bersimpati dengan insiden pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di laut ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad lalu dan turut mengorbankan seorang rakyat Singapura daripada 155 penumpang.

Ramai mangsa dipercayai mahu menyambut 2015 di sini dan sebagai tanda berkabung, Indonesia membatalkan pelbagai acara hiburan manakala Malaysia juga berkabung ekoran bencana banjir selain 3 nahas udara melibatkan pesawat negara itu. – Agensi

Tags: AirAsiaIndonesiaMalaysiaSingapuraTahun Baru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd