• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesiapsiagaan Nasional Hadapi Musibah Penting

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Bencana alam seperti banjir yang tidak dapat diramal menyebabkan kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir menjadi keutamaan kepada negara kita, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Apa tidaknya, banjir yang teruk melanda beberapa negeri termasuk keseluruhan Kelantan baru-baru ini dan Kemaman, tahun lalu perlu dijadikan pengajaran dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan banjir juga perlu dilakukan penambahbaikan agar segala permasalahan berbangkit dapat ditangani sebaik mungkin, katanya.

Menurut Ahmad Shabery sudah tibanya masanya agar seluruh sistem dalam negara termasuk rakyat negara ini dididik bagaimana melakukan persediaan menghadapi sebarang bentuk musibah.

“Bila bencana banjir kini sudah surut, saya rasa kita sudah patut memikirkan dan melihat kembali betapa pentingnya kesiapsiagaan nasional untuk menghadapi apa jua bencana dan masalah yang kita sendiri tidak ketahui bila akan berlakunya.

“Jadi kesiapsiagaan nasional itu mesti ada suatu penanda aras baharu yang mesti disusun kembali mengenai apa yang dimaksudkan dari segi komunikasi dan peralatan serta aset kita… adakah kita bersedia atau tidak?,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata demikian selepas majlis gotong-royong membersihkan Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah di sini yang terjejas teruk akibat ditenggelami air banjir setinggi tiga meter.

Menurut Ahmad Shabery, ketahanan nasional mungkin sering diperkatakan namun kesiapsiagaan nasional yang jarang diperkatakan itu lebih kepada membina dan mengukur keupayaan negara dalam semua aspek termasuk kewangan, infrastruktur, aset, alat komunikasi, persiapan penggemblengan tenaga dan sebagainya.

Ketahanan nasional ialah satu keadaan sesuatu bangsa itu yang memiliki ketabahan dan kekuatan untuk terus berkembang dalam menghadapi, mengatasi segala tentangan serta hambatan dan ancaman, sama ada yang muncul dari dalam mahupun luar negara, menerusi kelengkapan ketenteraan.

Katanya, pemikiran dan pemahaman rakyat Malaysia mengenai kesiapsiagaan nasional masih belum memuaskan dan belum menjadi suatu pemikiran yang berakar umbi dalam sistem negara kita.

Selain kerugian jutaan ringgit, bencana banjir besar yang menenggelamkan Kuala Krai, bukan sahaja telah merosakkan infrastruktur awam dan harta benda malah telah menyebabkan trauma kepada penduduk kerana kelewatan bantuan selain bekalan makanan yang tidak mencukupi berikutan terputusnya hubungan darat mahupun telekomunikasi.

Justeru, melihat permasalahan yang dihadapi mangsa banjir, Ahmad Shabery menyarankan agar kerajaan mempertimbang untuk mewujudkan polisi insurans banjir buat rakyat negara ini bagi membela kebajikan mereka seandainya ditimpa bencana alam itu.

Beliau berkata kerajaan boleh mengadakan perbincangan dengan syarikat insurans agar dapat mewujudkan polisi insurans yang boleh memanfaatkan semua pihak terutamanya mangsa bencana.

Langkah itu dilihat wajar ke arah memastikan keberkesanan kesiapsiagaan nasional dalam menghadapi banjir terutama musim tengkujuh yang melanda negara ini.

Bagi mencapai matlamat itu, katanya skim insurans itu dicadang dicarum melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun depan sebagaimana, manfaat Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) yang dilaksanakan mulai tahun lepas.

“Potongan itu tak kiralah sama ada RM50 hingga RM100 dicarum untuk insurans dan pandangan saya biarlah pakar dalam bidang ini melihatnya dahulu dan jika jumlah itu tidak membebankan, caruman itu mampu memberi keuntungan kepada mangsa banjir mendapat ganti rugi dan pembelaan yang sewajarnya,” katanya.

Kerajaan semasa pembentangan Bajet 2014, memperkenal i-BR1M, pelan insurans takaful, dengan tuntutan boleh dibuat sehingga RM30,000 bagi kematian disebabkan kemalangan dan kemalangan mengakibatkan hilang upaya kekal serta menyeluruh, dan RM1,000 untuk kematian biasa. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd