HEBOH terutama di portal-portal berita dan blog tentang satu kes yang menimpa seorang pelajar perempuan bukan Islam di sebuah sekolah di Cheras pada Rabu, yang dikatakan dihalang memasuki kelas dan disuruh balik kerana memakai baju kurung.
Sebagai pembaca, pastinya ramai beranggapan tindakan pihak sekolah amatlah tidak wajar kerana inisiatif pelajar tersebut sepatutnya disokong kerana memilih untuk mengenakan baju kebangsaan dan tidak mendedahkan aurat kaki.
[BACA INI: Hanya Kerana Berbaju Kurung, Pelajar Sekolah Disuruh Balik?]
Namun, kesimpulan tidak sepatutnya dibuat terlalu awal kerana masih tiada pihak yang mengetahui sebab utama tindakan tersebut diambil oleh pihak sekolah terbabit.
Isu ini kemudiannya mendapat perhatian seorang guru disiplin di sebuah sekolah lain yang mempunyai andaian sendiri kenapa kejadian tersebut berlaku.
Menurut guru wanita yang menggunakan akaun Facebook Jayanthy Sri, pihak sekolah tidak akan sewenang-wenangnya menghalau pelajar pulang tanpa sebab kukuh.
“Sebelum komen fikir dulu, cikgu bukan bodoh nak halau budak tu. Kebanyakan budak non-Muslim pakai baju kurung tak pakai singlet so nampak lah baju dalam mereka.
Tak pakai tudung kan. Sangat menjolok mata. I cikgu disiplin so I taulah trend pelajar. Baju kurung + tudung memang sopan. Tanpa tudung sangat jarang!”
Nah! Betul juga apa yang dibicarakan oleh guru itu. Mungkin tidak didedahkan secara terperinci, pelajar bukan Islam yang memilih untuk mengenakan baju kurung tidak sedar (atau buat-buat tak sedar) tentang perkara tersebut.
Lepas ini, kementerian dengan kerjasama pihak sekolah patut membuat taklimat khas buat pelajar perempuan bukan Islam tentang etika pemakaian agar ‘isu pelajar dihalau balik’ tidak lagi berulang.
Terang pada mereka, baju kurung sekolah sepatutnya dipakai bersama singlet agar baju dalam (coli) tidak kelihatan.
Apa pun, kami berpendapat sebarang isu di sekolah sepatutnya diselesaikan secara berhemah agar tiada perkara yang boleh mencetuskan salah faham berlaku. – MYNEWSHUB.CC
Pelajar Sekolah Menengah Terkena Histeria