• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rancang Bina UTC Di 4 Buah Negeri

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan merancang untuk membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di empat buah negeri yang belum mempunyai pusat itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata empat negeri itu ialah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan serta Perlis dan kerajaan masih berbincang dengan pihak kerajaan negeri untuk mencari lokasi sesuai.

“Tempoh masa untuk membina UTC bergantung kepada beberapa faktor iaitu kita mesti mencari lokasi yang sesuai dan mudah diakses orang ramai dan kawasan meletak kereta juga akan diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas melawat UTC Perak di sini hari ini.

Chua berkata kerajaan juga melihat maklum balas orang ramai terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di UTC di seluruh negara yang dibuka hingga 10 malam, adalah positif.

Terdahulu, ketika berucap, beliau berkata setakat ini, sebanyak 8.7 juta orang telah mengunjungi UTC di seluruh negara.

“UTC Perak sendiri merekodkan bilangan pengunjung tertinggi dalam kalangan lapan UTC dan dua Mini UTC yang lain, iaitu sebanyak 1,893,316 orang,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh Datuk Harun Rawi berkata kutipan hasil yang diperoleh daripada perkhidmatan yang diberikan di UTC Perak menunjukkan peningkatan luar biasa daripada RM379 juta pada tahun 2013 kepada RM566 juta tahun lepas. – BERNAMA

Tags: UTC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter UTC Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Atasi Kesesakan Kaunter Imigresen

23/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai Rabu ini, kecuali UTC...

Waktu Operasi Baru UTC Sabah, Sarawak Mula 4 Mac

20/02/2019
0

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak akan beroperasi pada waktu baru bermula 4 Mac ini setelah mengambil kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd