• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapat Rakam 7 Amoi Mandi Bogel!

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERIBAHASA ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ sesuai diguna untuk menggambarkan situasi ini.

Siapa sangka, rakan yang dianggap kawan baik tegar membuat onar terhadap tujuh rakan wanitanya apabila tergamak merakam aksi mandi bogel mereka secara sembunyi-sembunyi di dalam bilik air.

Menurut laporan Harian Metro, rakan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Aw, 24, merekodkan aksi mandi kesemua rakan wanitanya itu menggunakan alat perakam berbentuk pen yang disorokkan dalam bekas berus gigi.

Kata salah seorang mangsa, Tan, 24, kejadian tersebut berlaku semasa mereka mengikut suspek pulang ke kampung halamannya di Sibu, Sarawak hujung Disember lalu bersempena cuti semester.

[BACA INI JUGA: Kamera Tersembunyi Di Tandas UIA, Pelaku Ugut Sebar Rakaman]

Kejadian tersebut hanya disedari salah seorang suspek lima hari kemudian setelah menemui kamera tersebut yang diletakkan dalam bekas berus gigi.

“Saya hanya menyedari perbuatan kami dirakam apabila terlihat sebatang pen yang diletakkan dalam bekas berus gigi berhampiran tingkap bilik mandi berkenaan pada malam terakhir kami di rumahnya.

Apabila saya memeriksa pen terbabit, terdapat sebuah kamera kecil selain kad memori kecil di dalam pen terbabit,” ujarnya ketika sesi sidang media di Wisma MCA, semalam.

Akibat curiga dengan penemuan tersebut, dia terus membuat pemeriksaan lanjut menggunakan komputer riba lantas menemui rakaman dirinya serta rakan-rakan lain yang direkodkan sedang mandi di dalam bilik air.

Dia kemudiannya terus mengadu kepada rakan-rakan lain tentang perkara tersebut.

Menurut seorang lagi mangsa, Fong, 25, selepas kejadian kesemua mereka bertanyakan lelaki tersebut tentang rakaman itu dan dia mengakui dan memohon maaf.

“Kami terus mendesak dia sekiranya ada rakaman lain. Akibat takut, dia menyerahkan satu pendrive yang mengandungi rakaman kami mandi berbogel.”

3441502_0aed32fa-ab1d-11e3-a827-03994908a8c2

Sementara tu, menurut Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kesemua mangsa masih belum melakukan laporan polis kerana ibu bapa mangsa bersama peguam masih melakukan perbincangan.

Justeru, Micheal menggesa pihak berkuasa mengambil perhatian serius terhadap penjualan kamera intipan tersebut kerana banyak kes penyalahgunaan melibatkannya.

“Apa yang membimbangkan, sekiranya tiada tindakan diambil saya khuatir gajet ini akan disalahgunakan orang tidak bertanggungjawab terutama di tempat-tempat awam seperti hotel dan bilik persalinan pakaian wanita.”

Nasihat kami terutama buat golongan wanita, hati-hati kerana manusia zaman kini sanggup buat apa sahaja bagi melempiaskan keinginan jahat. Maka tingkatkan kepekaan pada keadaan sekeliling! – MYNEWSHUB.CC

Sidang Media Oleh Mangsa Bersama Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong

https://www.youtube.com/watch?v=6uLJ02y75IQ

Tags: bogelMCA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kamal Adli Nafi Punca Emma-Zizan Putus Cinta

Next Post

Luis Suarez Kian Gelisah, Mungkin Kembali Ke England

Related Posts

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

08/06/2024
0

Johor Bahru : MCA tidak menolak untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

13/11/2023
0

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol,...

Next Post

Luis Suarez Kian Gelisah, Mungkin Kembali Ke England

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd