• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Kereta Pada 2014 Paling Tinggi – MAA

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Industri kereta Malaysia mencatat jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 666,465 unit pada 2014, rekod paling tinggi, kata Persatuan Automatif Malaysia (MAA).

TIV pada 2013 sebanyak 655,793 unit, katanya.

Presidennya Datuk Aishah Ahmad berkata prestasi kukuh pada 2014 didorong oleh faktor penyumbang seperti kestabilan ekonomi dan kadar pekerjaan, sentimen positif pengguna dan perbelanjaan seimbang pengguna, terutama semasa separuh pertama 2014.

Bagi tahun ini, Aishah berkata MAA meletakkan unjuran TIV sebanyak 680,000 unit.

“Unjuran itu pada dua peratus lebih tinggi berbanding 1.6 peratus yang dicatatkan tahun lepas,” katanya pada taklimat media mengenai kajian pasaran industri bagi 2014 dan prospek 2015.

Beliau berkata unjuran itu selari dengan cabaran ketidaktentuan ekonomi global seperti kejatuhan harga minyak mentah, pengurangan unjuran ekonomi dunia dan nilai ringgit yang lemah.

Aishah berkata pelaksanaan projek Program Transformasi Ekonomi yang berterusan akan menyumbang kepada momentum pertumbuhan ekonomi tempatan dan membantu memacu permintaan lebih banyak terhadap kenderaan baharu.

“Kempen promosi yang giat oleh syarikat kenderaan, terutama pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua yang menguasai 49 peratus pasaran pada 2014, dilihat akan melonjakkan TIV tahun ini.

“Bagaimanapun, pinjaman sewa beli yang lebih ketat oleh pihak bank bagi mengekang hutang isi rumah, mungkin akan memberi cabaran ke atas kereta yang berharga rendah,” katanya. – BERNAMA

Tags: kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

27/02/2024
0

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd