• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pilihan Raya PBT, Jejas Hubungan DAP Dan PAS

oleh Ahmad Albab
30/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP dan hukum hudud oleh PAS akhir-akhir ini memperlihatkan wujud konflik antara kedua-dua parti gabungan pakatan.

Perdebatan mengenai pilihan raya PBT menarik perhatian banyak pihak sehingga berlaku tuduh-menuduh secara terbuka antara kepimpinan kedua-dua parti, dan dengan DAP menegaskan bahawa isu pilihan raya PBT sudah dibincangkan dan disepakati bersama.

Perbezaan pandangan dan pertentangan terhadap agenda pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP dan hukum Hudud oleh PAS, boleh menjadi belati tajam yang menikam dan ‘meninggalkan parut’ kepada kedua-dua parti, dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pihak manakah yang benar dalam hal ini atau pun ia hanya sandiwara politik yang bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada isu lain yang membabitkan parti pakatan?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya antara pemimpin paling ‘pening’ dengan polemik muktahir ini apatah lagi beliau sendiri kini sedang menunggu keputusan rayuan terakhir terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Feb untuk keputusan rayuan terakhir Ketua Umum PKR itu.

MASALAH PRINSIP

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berkata secara dasarnya dari dahulu lagi, umum melihat bahawa kedua-dua parti itu mempunyai masalah daripada segi prinsip.

Beliau berkata gabungan pakatan yang dibina dan longgar itu tidak lebih daripada ingin menjatuhkan Barisan Nasional.

“Maka sebab itulah ia (pakatan) tidak dapat menjamin keselesaan hubungan lantaran masing-masing mempunyai hala tuju perjuangan yang berbeza.

“Mereka mampu tidur sebantal tetapi akan sentiasa saling bercakaran sehinggalah sampai masa pilihan raya. Masa itu mereka akan lena sebantal dan mempunyai mimpi sama dalam masa yang singkat,” katanya kepada Bernama.

Che Hamdan berkata prinsip dan pendekatan Islam yang diketengahkan oleh PAS sememangnya akan ditentang DAP manakala isu pilihan raya PBT yang diingini DAP dilihat PAS sebagai suatu realiti politik semasa yang boleh terus memecahbelahkan masyarakat.

“Oleh itu, ketidakmampuan kedua-dua parti ini menyelesaikan masalah sebegini sebenarnya menunjukkan kelemahan yang ketara dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Abdul Hadi pada 23 Jan lepas dilapor sebagai berkata tindakan DAP yang memperjuangkan pilihan raya PBT boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa, dan dikhuatiri boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Kenyataan Abdul Hadi menimbulkan rasa kurang senang DAP. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, mendakwa sudah menghubungi Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengenai pilihan raya PBT yang mahu dilaksanakan di Pulau Pinang dan kedua-duanya dikatakan bersetuju.

Mustafa berkata Lim tidak boleh mendakwa dengan hanya satu panggilan telefon, PAS sudah bersetuju dengan pilihan raya PBT.

PILIHAN RAYA PBT BEZA DENGAN HUDUD

Persoalannya, jika pilihan raya PBT bukanlah polisi bersama anggota parti pakatan, bagaimana pula kedudukan hukum Hudud yang diperjuangkan PAS dan juga bukan sebahagian daripada dasar yang disepakati?

Mengulas hal itu, Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata hukum hudud adalah dasar perjuangan PAS sejak dahulu lagi berbanding pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP.

“Hudud telah lama diperkenalkan oleh PAS sebelum wujudnya pakatan dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat,” katanya kepada Bernama.

Jika mengambil semangat konsensus parti pakatan, DAP tidak boleh melaksanakan pilihan raya PBT kerana ia tidak disepakati oleh sekutunya iaitu
PAS.

“Keadaan ini menggambarkan dalam Pakatan Rakyat, setiap parti membuat haluan dan hala tuju masing-masing… bukan bersepakat seperti yang diuar uarkan selama ini.

“Berdasarkan lunas undang-undang sedia ada, masyarakat di Malaysia tidak memerlukan pilihan raya PBT. Kaedah pelantikan sedia ada sudah memadai. Apa yang penting anggota PBT yang dipilih mestilah mempunyai kredibiliti dan integriti,” katanya.

PILIHAN RAYA PBT TAMBAH POLITIKING

Mengulas lanjut, Mohd Izani berkata pilihan raya PBT hanya akan menambah politiking dalam masyarakat, sebaliknya apa yang penting adalah perkhidmatan kepada rakyat.

“Ini juga agenda tersirat DAP dengan menggunakan slogan demokrasi. Kita khuatir jika pilihan raya diadakan, calon-calon yang bertanding merupakan proksi kepada parti politik tertentu. Jika sukarelawan yang dipilih baguslah, kalau sebaliknya?,” soalnya.

Beliau berpendapat bahawa PAS tidak bersetuju pilihan raya PBT diadakan kerana ia akan memberi kelebihan kepada sesuatu kaum yang lebih ramai tinggal di bandar.

Berbeza pandangan dengan Mohd Izani, Che Hamdan berkata secara objektifnya, pilihan raya PBT adalah satu ruang untuk rakyat menampilkan kerajaan tempatan yang lebih telus dan bertanggungjawab dan ia langkah baik untuk demokrasi.

Namun, beliau mengingatkan sekiranya ia lebih kepada keinginan penguasaan kelompok kaum tertentu dan bersifat komunal, ia sebenarnya akan menghancurkan semangat demokrasi.

“Secara peribadinya, saya melihat DAP menjadikan ia satu isu bagi mendapatkan sokongan politik manakala daripada segi kemampuan pelaksanaannya dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan kerana pemilihan DAP sendiri pun mempunyai masalah besar apatah lagi bila ia melibatkan perebutan kuasa dalam PBT di negeri yang dikuasai DAP,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=wSKsPtDngrE

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Caj 90 Sen Bil Air Bukan Arahan PBAPP

Next Post

Instagram ‘The Rich Kids Of Malaysia’ Untuk Remaja Kaya…

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

Instagram 'The Rich Kids Of Malaysia' Untuk Remaja Kaya...

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd