• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPG Kampus Bahasa Melayu Dinaik Taraf Sebagai IPBM

oleh Ahmad Albab
29/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu dinaik taraf sebagai Institut Pendidikan Bahasa Melayu (IPBM) bagi memastikan bahasa Melayu terus diperkembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, IPBM akan bermatlamat membangunkan profesionalisme pendidik bahasa Melayu yang berkualiti tinggi khususnya dalam pedagogi pendidikan bahasa Melayu serta menjadi pusat rujukan kecemerlangan pendidikan pedagogi Bahasa Melayu serantau.

“IPBM antara lain akan berfungsi sebagai Pusat Latihan Lanjutan Pendidikan Bahasa Melayu, memberi khidmat kepakaran dan menjadi pusat rujukan pedagogi bahasa Melayu.

” (Selain) mengawal pembangunan standard kualiti pendidikan bahasa Melayu, (ia juga) menjalankan penyelidikan dan inovasi pendidikan bahasa Melayu dan menjadi pusat latihan dan jaringan pendidikan bahasa Melayu serantau,” katanya semasa merasmikan Menara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, langkah menaik taraf institut berkenaan juga selaras dengan anjakan kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu memastikan murid mahir dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bagaimanapun, katanya, IPBM akan terus mengekalkan fungsi sedia ada iaitu menjalankan kursus pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan, katanya.

“Melalui usaha pemerkasaan dan naik taraf ini, IPG Kampus Bahasa Melayu bukan sahaja akan melahirkan guru-guru bahasa Melayu, malah berperanan melahirkan bijak pandai bahasa Melayu.

” (Selain) menghasilkan pendidik yang tiada tolok bandingnya dari segi kepetahan berbahasa Melayu, juga menguasai kemahiran dalam pedagogi yang bertaraf antarabangsa hingga menjadi rujukan semua pihak yang berkepentingan dari dalam mahupun luar negara,” katanya.

Di majlis itu, Muhyiddin turut bersetuju untuk menimbang penyediaan peruntukan bagi pembinaan asrama baharu di institut berkenaan bagi menambah asrama sedia ada yang berusia 57 tahun.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhyiddin berkata Kementerian Pendidikan akan meneliti dan mengkaji dengan lebih teliti cadangan yang dikemukakan dalam laporan akhir siasatan kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 oleh Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam di Malaysia yang diterima pada 21 Januari lalu.

“Beberapa cadangan perlu diteliti dengan mendalam, sebagai contoh, cadangan supaya kertas-kertas soalan dibuat secara elektronik yang berpangkalan di sekolah-sekolah.

“Ini adalah cadangan baharu. Jadi kita nak lihat bagaimana kita nak laksanakan perkara itu. Bolehkah dibuat, kalau boleh kita nak tengok perkara tertentu yang perlu diteliti lebih mendalam,” katanya.

Bagaimanapun terdapat langkah-langkah yang dicadangkan oleh jawatankuasa itu telahpun dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan seperti pemasangan kamera litar tertutup dan memperkuatkan prosedur operasi standard bilik kebal, katanya.

Laporan yang diserahkan pengerusi jawatankuasa berkenaan Tun Zaki Azmi itu memuatkan 15 syor penambahbaikan peperiksaan awam di negara ini yang membabitkan definisi serta proses kerja di peringkat produksi, operasi dan pengurusan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bot Bawa PATI Bangladesh Ke Malaysia Karam, 24 Hilang

Next Post

Mustahil Untuk Curang Selaku Isteri ‘Ayahanda’ Awie – Rozana

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

‘Saya Tak Dirisik Untuk Jawatan Menteri, Pengosongan Kerusi DUN Sungai Tua Hanya Imaginasi Individu Tertentu’ – MB Selangor

‘Saya Tak Dirisik Untuk Jawatan Menteri, Pengosongan Kerusi DUN Sungai Tua Hanya Imaginasi Individu Tertentu’ – MB Selangor

03/06/2025
0

SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan dakwaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua miliknya akan dikosongkan...

Next Post

Mustahil Untuk Curang Selaku Isteri 'Ayahanda' Awie - Rozana

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd