• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Intipati Perutusan Khas Ekonomi Oleh Perdana Menteri

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Berikut ialah intipati Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

MENARIK – Bajet 2015 Tanda PM Fahami Keperluan Rakyat

  • Persekitaran/percaturan ekonomi dunia telah berubah. Ini memberi impak kepada Malaysia, antara negara mempunyai dagangan terbesar di dunia.
  • Beberapa perkara pokok yang kerajaan unjurkan bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.
  • Sebagai kerajaan bertanggungjawab, akan terus mencari jalan mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.
  • Kejatuhan harga minyak mentah dunia secara langsung kurangkan pendapatan negara yang digunakan untuk tujuan pembangunan.
  • Pemberian visa percuma kepada pelancong antaranya dari China, untuk giatkan industri pelancongan negara.
  • Kerajaan akan ambil langkah proaktif untuk buat pengubahsuaian spesifik, seiring dengan perubahan senario ekonomi global.
  • Dengan pengurangan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 35 sen dan 30 sen, pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia secara kasarnya sekitar RM7.5 bilion.
  • Kerajaan perlu semak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada US$55 setong bagi 2015.
  • Pada harga US$55 setong yang diunjurkan, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.
  • Sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat jimat RM10.7 bilion, kerajaan masih alami kekurangan hasil sebanyak RM8.2 bilion bagi tampung langkah-langkah Bajet 2015.
  • Kerajaan tetapkan kadar defisit dikaji semula kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015.
  • Kerajaan tidak berkompromi ke atas perancangan pembangunan kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara.
  • Kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus.
  • Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global dan Ringgit bukan satu-satunya yang menyusut berbanding dolar Amerika.

http://youtu.be/2wTx5X-31js

Perutusan khas berkenaan juga dilakukan bagi mengumumkan penstrukturan semula Bajet 2015 yang telah diumukan Najib pada Oktober tahun lepas selaras dengan suasana ekonomi dunia yang kini mengalami kejatuhan harga minyak mentah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd