• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tak Paksa Lisa Amal Petua Tradisional Mengandung

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ibu kepada pelakon Lisa Surihani iaitu Siti Amira Ahmad tidak akan memaksa anaknya untuk mengikuti sebarang petua atau amalan tradisional sejak mengetahui wanita berkenaan hamil.

Siti Amira bagaimanapun berkata, dia sentiasa menasihati Lisa, 29, agar bersederhana dalam apa juga tindakannya terutama pada peringkat awal kandungan.

“Saya memang seorang ‘old school’ tetapi amat terbuka dalam perkara berkaitan seperti ini dan tidaklah terlalu taksub dengan pelbagai amalan dan petua sehingga memberi tekanan kepada Lisa.

“Lisa seorang wanita yang aktif dalam aktiviti sehariannya dan saya sentiasa menasihatinya agar lebih berhati-hati dalam pergerakan selain bersederhana dalam pemakanan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Suami Lisa, Yusry Abdul Halim, 41, mengesahkan isterinya sedang berbadan dua ketika ditanya oleh wartawan pada sidang media pelancaran filem terbaharunya Cicakman 3 pada malam Rabu lalu.

Bagaimanapun pasangan berkenaan mengelak untuk berkongsi dengan lebih terperinci mengenai perkembangan baik itu kerana menghormati amalan orang tua-tua agar tidak menghebohkan perkara itu pada awal usia kandungan.

Lisa dan Yusry akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 23 Februari depan.

Dalam pada itu, Siti Amira berkata, dia mengetahui mengenai berita gembira itu kira-kira tiga minggu lalu dan ia dimaklumkan sendiri oleh Lisa dan Yusry.

“Alhamdulillah akhirnya doa mereka dimakbulkan Allah dan biarpun masyarakat sebelum ini sering bertanya mengenai perkara itu tetapi ini semua ada perancangan daripada-Nya.

“Sudah tentu saya gembira apabila Lisa memaklumkan dia kini sedang hamil selain teruja untuk menyambut kehadiran cucu kedua dalam keluarga kami,” katanya.

Tambahnya lagi, dia bersetuju dengan tindakan pasangan suami isteri itu untuk tidak terlalu mendedahkan pelbagai maklumat mengenai kandungan tersebut kerana ia masih diperingkat awal.

“Apa yang saya ingin minta adalah doakan kesihatannya agar dapat melahirkan bayinya dengan selamat nanti,” katanya. – mStar Online

Tags: Lisa Surihanipelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd