• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Rotan Perlu Didik, Disiplinkan Pelajar

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hukuman merotan di sekolah perlu bagi mendidik dan mendisiplinkan pelajar, namun ia harus dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Lok Yim Pheng berkata tanpa hukuman rotan, pelajar yang nakal dan tidak berdisiplin sukar untuk dikawal dan boleh menjejaskan pembelajaran pelajar lain.

“Ada segelintir pelajar sangat degil, dia tidak mahu belajar, macam mana cara pun nak bimbing dia, dia tak mahu, menyebabkan pelajar lain tidak boleh belajar dan untuk itu, hukuman merotan adalah perlu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Lok berkata sebelum merotan, guru perlu merujuk kepada peraturan khas berkaitan hukuman itu terhadap pelajar iaitu Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957, dan merotan pelajar amat perlu bagi mendisiplinkan pelajar yang nakal.

Beliau berkata terdapat guru yang enggan merotan pelajar untuk mendisiplinkan mereka kerana bimbang dikenakan tindakan melakukan jenayah.

“Kita tak boleh membiarkan budak nakal, kita perlu disiplinkan pelajar secara lebih inovatif dan kreatif,” katanya.

Beliau berharap Kementerian Pendidikan dapat menambah baik peraturan merotan dengan memberi definisi lebih khusus agar ia lebih difahami oleh guru. – BERNAMA

Tags: rotan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suri Rumah Lesap RM181,650 Akibat ‘Phone Scam’

Lelaki Rotan, Dera Anjing Disiasat

25/02/2024
0

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat kejadian seorang lelaki merotan anjing peliharaannya seperti yang ditularkan menerusi laman sosial Facebook, dua hari lalu....

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

23/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga nasi lemak didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merotan anak tirinya berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd