• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Nafi Pernah Hantar Surat Kepada FBI

oleh AK-47
21/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri sebelum Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menafikan beliau ada menghantar apa-apa surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk sokongan bagi mana-mana pihak.

Portal The Malaysian Insider melaporkan, tindakan Hishammuddin menafikan perkara itu dilihat bercanggah dengan kenyataan dari Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika ini.

“Secara peribadi, saya tidak pernah menghantar sebarang surat sokongan,” kata Hishammuddin kepada pemberita di Putrajaya, pada pagi Selasa.

BACA JUGA – Zahid ‘Backing’ Raja Judi, Surat Kepada FBI Tersebar

 BACA JUGA – Itu Bukan Surat Sokongan Jangan Dakwa Paul Phua – Zahid

Ahmad Zahid sebelum ini membuat kenyataan bahawa tindakan beliau mengutus surat sokongan kepada FBI bukanlah isu kerana menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga ada menulis dan mengeluarkan surat penjelasan seperti itu.

“Berdasarkan kuasa kepada menteri saya menandatangani surat itu. Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama,” beliau dilaporkan berkata.

Ahmad Zahid baru-baru ini, mencetuskan kontroversi apabila suratnya kepada FBI tersebar di Internet.

Surat berkenaan adalah untuk menjelaskan kepada FBI bahawa seorang raja judi dari Malaysia, Paul Phua yang sedang menjalani tahanan rumah di Amerika Syarikat tidak terlibat dengan sebuah kongsi gelap yang dikenali sebagai 14K Triad.

Dalam surat itu juga, beliau berkata Paul Phua banyak terlibat dalam membantu kerajaan khususnya berkaitan keselamatan negara.

Kata Ahmad Zahid, surat beliau kepada FBI itu bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua, sebaliknya surat yang ditulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F. Giuliano pada 18 Dis tahun lepas itu, adalah untuk menjelaskan status pemain poker profesional tersebut.

Paul Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini menghadapi pertuduhan di mahkamah Amerika Syarikat atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.

Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.

Beliau yang menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014 turut disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap 14K Triad.

Hishammuddin menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dari tahun 2009 hingga 2013 sebelum digantikan Ahmad Zahid. -MYNEWSHUB.CC

Paul Phua Dalam Permainan Poker

Tags: FBIHishammuddinZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd