• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hapuskan Hukuman Sebat Pesalah Bawah Umur – Unicef

oleh Ahmad Albab
28/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tabung kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berpendapat kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menamatkan pelaksanaan hukuman sebatan membabitkan untuk pesalah di bawah umur.

Sehubungan itu, Unicef dalam kenyataannya pada Selasa berkata, pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001 adalah langkah yang baik.

“Unicef mengesyorkan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 untuk menghapuskan hukuman sebatan terhadap pesalah bawah umur sebagai pilihan untuk menjatuhkan hukuman.

“Adalah perlu untuk menginstitusikan strategi global dan amalan baik seperti mengubah haluan dalam amalan dan undang-undang serta berubah daripada campur tangan formal berasaskan polis dan mahkamah,” katanya.

Unicef menjelaskan, pelaksanaan hukuman itu untuk golongan bawah umur juga melanggar hak asasi manusia sebagai kanak-kanak.

“Walaupun hukuman itu digunakan sebagai salah satu bentuk disiplin yang biasa dalam keluarga, sekolah, persekitaran penjagaan dan hukuman dalam sistem kehakiman, ia melanggar hak-hak asasi mereka di mana kemuliaan dan integriti fizikal manusia perlu dihormati.

“Peruntukan sedia ada melanggar hak mereka (kanak-kanak) untuk mendapatkan perlindungan yang sama rata di bawah undang-undang,” katanya sambil menambah Laporan PBB mengenai keganasan terhadap kanak-kanak pada 2006 menyatakan bahawa melaksanakan hukuman fizikal terhadap golongan itu membuktikan ia tidak memberi kesan.

Malahan, hukuman itu sebaliknya ‘mengajar anak-anak muda bahawa keganasan adalah penyelesaian yang boleh diterima apabila berurusan dengan masalah’.

Unicef juga menyedari, ramai anak-anak yang berdepan dengan undang-undang itu datang dari masyarakat dan keluarga yang bermasalah.

“Majoriti kanak-kanak yang berada dalam konflik dengan undang-undang ini datang dari masyarakat terpinggir dan pendedahan mereka kepada jenayah ini sering mencerminkan negara yang kurang melindungi mereka,” katanya.

Unicef percaya bahawa ‘sistem keadilan yang saksama dan berkesan untuk golongan bawah umur ini seharusnya menjurus kepada kesejahteraan seseorang kanak-kanak itu.” – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=yJ_5MEwht2g

Tags: rotanUNICEF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera

UNICEF Terkejut Kes 402 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Aniaya, Dera

12/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) terkejut dan bimbang dengan laporan 402 kanak-kanak dan remaja daripada beberapa...

UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,287 Sebulan Di Malaysia

UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,287 Sebulan Di Malaysia

08/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mencadangkan kerajaan untuk menetapkan kadar gaji minimum pada RM2,287 sebulan, berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd