• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Hafiz’ Dari Lokap Jaga Ibu Sakit Di Kemboja

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – “Saya kini menjaga ibu yang sakit barah otak selain cuba mencari kerja bagi menyara hidup. Ayah sudah berusia 70 tahun dan menjadi tanggungjawab saya menjaga mereka,” kata Mohd Nasis Yaakob, 21, pemuda yang mendapat pujian di alam siber selepas video kemerduan suaranya mengalunkan surah al-Qalam bermula dari ayat 10 hingga 28 berdurasi dua minit 29 saat ketika dalam lokap menjadi viral sekitar Julai tahun lalu.

Dia yang kini berada di Kampung Prek Pra, Phnom Penh, Kemboja ketika dihubungi Harian Metro, di sini, petang ini mengakui individu dalam video berkenaan adalah dirinya dan tahu ia tersebar selepas dimaklumkan pegawai penjara.

Menurutnya, dia ditahan anggota polis di Kota Bharu kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan sebelum ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dan menjalani hukuman di Penjara Machang.

Katanya, ketika di lokap IPD, dia membaca ayat al-Quran yang dihafal sebelum ‘penghuni’ lokap lain memintanya membaca dengan lebih kuat.

“Memang menjadi amalan saya setiap hari membaca enam juzuk al-Quran. Apa yang saya ingat, ketika itu saya bangun daripada tidur dan terus mengalunkan ayat al-Quran sebelum ‘penghuni’ lain di dalam lokap menyuruh saya membaca dengan kuat.

“Saya terus membaca dan rupa-rupanya ada anggota polis merakamnya dan saya terus berhentikan bacaan,” katanya yang mengakui mendapat layanan baik di lokap dan penjara.

Mohd Nasis berkata, selepas dibawa ke Penjara Machang, pegawai penjara menunjukkan videonya mengalunkan ayat al-Quran dan bertanya adakah dia individu dalam video itu.

“Saya mengakuinya dan selepas itu barulah saya tahu video berkenaan tersebar. Alhamdulillah…” katanya.

Menurutnya, selepas dibebaskan dia dihantar pulang ke negara asal.

“Saya berusaha mencari kerja tetapi setakat ini belum mendapat kerja. Apa yang saya lakukan hanyalah menjadi imam di masjid dan menerima jemputan utuk mengajar agama dan memberi ceramah agama,” katanya yang menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun.

Katanya, negara ini terlalu dekat di hatinya kerana sudah lama berada di Malaysia dengan menjadi imam dan mengajar agama di negeri seperti Selangor, Pahang dan Kelantan.

“ Memang saya nak kembali semula ke Malaysia, tetapi saya perlu menjaga ibu dan ayah,” katanya yang dibawa neneknya ke negara ini ketika usianya empat tahun. – myMetro Online

Tags: Kembojaremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita mendakwa  asal Kamboja merayu bantuan Indonesia bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd