LONDON – Pasukan penyelamat Britain meneruskan gerakan mencari lapan lagi kru kapal yang karam di utara Scotland, Sabtu lalu.
Pencarian membabitkan penggunaan dua helikopter dan empat bot penyelamat ke atas anak kapal pengangkut Cemfjord, yang ketika kejadian membawa simen dari Aalborg, Denmark, ke Runcorn di perairan barat England.
Sebuah feri yang melalui perairan di Pentland Firth, Scotland mengesan kapal yang sedang terbalik itu Sabtu lalu.
Kapal berkenaan perlahan-lahan tenggelam semalam dan ketika ini kapal sepanjang 83 meter (itu tidak lagi kelihatan di permukaan air, demikian menurut Agensi Maritim dan Pengawal Pantai.
Jurucakap syarikat kapal dari Jerman itu, Tony Redding, berkata ketika kejadian tiada isyarat amaran diberikan oleh kapal berkenaan dan susulan kejadian itu tujuh kru warga Poland dan seorang warga Filipina dilapor hilang.
Pegawai berkata, setakat ini 25 anak kapal berjaya diselamatkan. – AP
https://www.youtube.com/watch?v=Fv9tzyOV3Y8

