Seorang pemilik akaun Facebook, Kiran Kreer telah berkongsi satu gambar dengan cerita yang cukup indah di sebaliknya, beberapa hari lalu.
Gambar itu memperlihatkan seorang gadis kecil mengangkat sekotak air minuman sewaktu pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuantan.
Merasakan kotak itu agak berat untuk dipikul oleh seorang kanak-kanak, Kiran bertanya:
“Ia berat, bolehkah kamu membawanya?”
Jawab kanak-kanak itu:
“Ya, saya sangat kuat. Saya boleh membawanya. Ia untuk abang dan adik perempuan saya.”
Oh, kadang-kadang kita yang dewasa ini pun tak sanggup memikul kotak air minuman kerana berat, inikan pula kanak-kanak sekecil ini.
Namun, lihatlah betapa kuatnya semangat kanak-kanak hingga sanggup menggunakan sepenuh kudratnya demi kasih dan sayangnya pada keluarga. Salute! – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Gb9xcTa6Shw
Oleh: ELZA


