SEPERTI diketahui ramai, penyanyi Nurul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul Depp telah selamat melahirkan anak lelaki pada 15 Januari lalu.
Seperti ibu-ibu yang lain, Nurul Depp mengambil kesempatan mengabadikan aksi comel anak ketiganya ini dalam sesi photoshoot yang diadakan baru-baru ini.
Apa lagi, kami yang melihatnya pun rasa teruja melihat koleksi foto bayi yang diberi nama Raphael Depp ini.
Meskipun baru Raphael baru berusia 11 hari tetapi aksi comel dan tenangnya itu menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Dengan tema pirate dan astronaut yang dipilih, ia menambahkan lagi tarikan dalam setiap foto diambil Camora Arts ini.
Raphael merupakan anak kedua selain abangnya, Zachary Depp yang lahir hasil perkongsian hidup Nurul bersama suami, Eric Daniel Depp.
Nurul turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu hasil perkahwinan terdahulu Nurul bersama penyanyi dan komposer Ajai. -MYNEWSHUB.CC
Video Telatah Keluarga Mentua Nurul Depp






