• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felcra Jangka Raih Untung RM150 Juta Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KLAWANG – Felcra Bhd menjangkakan meraih keuntungan sebanyak RM150 juta tahun ini berbanding RM132 juta tahun lepas, di dokong oleh kepelbagaian aktiviti perniagaan yang dijalankannya.

Pengerusinya Datuk Bung Moktar Radin berkata, selain daripada perniagaan teras Felcra iaitu perladangan, Felcra turut mempunyai cabang perniagaan lain seperti hartanah.

“Kita jangka akan mendapat tambahan pulangan daripada aktiviti perniagaan yang kita jalankan ini.

“Ini yang akan membuat kita yakin pencapaian pada masa-masa akan datang dan pada masa yang sama, kita juga akan mengurangkan kos operasi. Apabila kos operasi dikurangkan, bolehlah kita menambah dividen pendapatan kepada peserta,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Suratan Hak Milik dan Pemberian Projek Felcra Kerangai Penagoh, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bung Moktar berkata Felcra juga sedang mengenal pasti 30,000 hingga 40,000 hektar tanah di sekitar Kelantan, Sarawak, Kedah dan Terengganu untuk dibeli dan dibangunkan sebagai kawasan penanaman getah dan kelapa sawit.

“Tahun ini mungkin kita akan membeli tanah di negeri tersebut,” katanya.

Setakat ini Felcra sudah menguruskan 265,000 hektar tanah perladangan dan daripada jumlah itu, 60 peratus daripadanya merupakan milik agensi tersebut.

Perniagaan Felcra pada waktu ini meliputi 70 peratus perladangan sawit, 20 peratus perladangan getah dan baki 10 peratus adalah penanaman padi dan projek lain.

Pada majlis itu 348 orang menerima Suratan Hak Milik dengan keluasan tanah masing-masing sebanyak kira-kira 2.42 hektar seorang.

Seramai 233 lagi menerima Sijil Pegangan Saham dengan keluasan tanah 1.21 hektar seorang.

Di Negeri Sembilan, Felcra telah membuka dan menguruskan 140 projek kelapa sawit, 50 projek getah dengan keluasan sebanyak 7,045 hektar bagi kelapa sawit dan 3,801.57 hektar bagi getah membabitkan 12,374 peserta. – BERNAMA

Tags: Felcra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

10/08/2024
0

SHAH ALAM - Felcra Berhad menempelak dakwaan berhubung penjualan yang berlaku terhadap kilang di bawah kendali syarikat berkenaan kerana ia...

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

LKAN: Tunggakan Hutang Tak Mampu Dibayar Felcra RM312.22 Juta

16/02/2023
0

Kuala Lumpur : Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd