• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan China Hantar Pakar Sertai Operasi Cari QZ8501

oleh Ahmad Albab
06/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Kerajaan China menghantar beberapa pakar penerbangan dan sebuah kapal penyelamat bagi membantu Indonesia serta beberapa negara dalam misi mencari kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu.

Pentadbiran Penerbangan Awam China dalam satu kenyataan semalam memberitahu bahawa, pasukan pakar itu dihantar selepas mendapat permintaan daripada kerajaan Indonesia.

Kementerian Pengangkutan China pula dalam satu kenyataan berasingan berkata, sebuah kapal penyelamat, South Sea Rescue 101, telah meninggalkan bandar Haikou dan dijangka tiba di lokasi carian pada 9 Januari ini.

Sebuah lagi kapal penyelamat diletakkan dalam keadaan bersedia sekiranya diperlukan.

Pesawat milik AirAsia Indonesia itu hilang dari radar kira-kira 40 minit selepas berlepas dari Surabaya, Indonesia menuju ke Singapura.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa seramai 162 penumpang dan kru berlepas dari Surabaya pada pukul 5.20 pagi waktu tempatan pada 28 Disember lalu dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari yang sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Pesawat itu dinaiki 155 warga Indonesia, tiga warga Korea Selatan dan masing-masing seorang warga Singapura, Malaysia, United Kingdom dan Perancis.

Pesawat itu dipercayai terhempas ke dalam Laut Jawa dekat Pulau Belitung, Indonesia selepas menempuh cuaca buruk.

Sehingga kini 37 mayat penumpang berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat. – BERNAMA

Tags: China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd