• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia X Bermasalah Kewangan, Azran Osman Letak Jawatan?

oleh AK-47
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat AirAsia X Bhd Azran Osman dilaporkan beberapa media akan meletakkan jawatan berkuatkuasa Jumaat ini.

Menurut laporan akhbar The Sun, Azran, 44, dilantik sebagai CEO pada Julai 2010. Kontrak Azlan kemudian disambung selama tiga tahun selepas ia berakhir pada 4 Julai 2013.

MENARIK – AirAsia Mansuh Surcaj Bahan Api.. Tiket Lagi Murah La Kan?

Bagaimanapun, tuan empunya badan menafikan berita berkenaan dan menyifatkan ia sebagai tidak sahih.

Laman web Astro Awani melaporkan Azran menafikan laporan peletakan jawatan tersebut menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

“That’s ‘news’ to me,” menurut SMS berkenaan.

Ketika ditanya kepada beliau bagaimana boleh timbul spekulasi sebegitu rupa, Azran berkata segala-segalanya boleh berlaku dan akan digunakan sebagai berita di negara ini.

“Anything goes here in Malaysia,” jawabnya.

Selain itu, laporan beberapa media menyebut AirAsia X kini mengalami masalah kewangan.

Berkaitan spekulasi peletakan jawatan itu, pihak syarikat penerbangan berkenaan dilaporkan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga saat ini.

Menurut satu laporan The Star pula, bekas Presiden dan CEO Air Canada, Robert Milton yang merupakan pengarah AirAsia sejak 2013 dikhabarkan akan mengetuai AirAsia X.

Jika laporan berkaitan Milton benar, beliau akan menjadi warga asing kedua yang memimpin syarikat penerbangan tempatan selepas Malaysia Airlines (MAS) melantik Christoph Mueller daripada Aer Lingus menjadi CEO MAS bermula 1 Mac depan.

AirAsia X yang menyediakan penerbangan tambang murah jarak jauh dikatakan menghadapi masalah membayar gaji kakitangan dan terpaksa membahagikan bayaran gaji secara berperingkat pada Oktober lepas.

Berita tersebut dilaporkan ketika saham syarikat kini mengalami aliran menurun di Bursa Malaysia.

Menurut akhbar berpengaruh itu, Air Asia X didakwa telah mengeluarkan pekeliling menyatakan bahawa gaji asas, elaun tetap dan produktiviti, kerja lebih masa dibayar pada 24 Oktober manakala elaun lain dibayar pada 31 Oktober.

Selain itu, elaun penerbangan sewa khas dibayar pada 5 November, jelas pekeliling tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd