• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buku Panduan Harga Bantu Pengguna Buat Pilihan Bijak

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Buku Panduan Harga Pengguna (PHP) melibatkan 500 barangan terpilih yang bakal diedarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat dilihat mampu membantu pengguna membuat pilihan bijak selain mengelak daripada ditipu peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata buku panduan yang memaparkan perbandingan harga barangan keperluan asas sebelum dan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) itu dapat membantu pengguna membuat perbandingan harga.

“Tapi pengguna perlu faham bahawa harga yang disenaraikan itu bukannya harga tetap seperti Skim Kawalan Harga yang harganya memang telah ditetapkan tetapi buku panduan ini adalah sebagai garis panduan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah di sini semalam.

Ahmad Bashah menjelaskan kenaikan harga barang boleh berlaku sekiranya bekalan kurang daripada permintaan namun peniaga perlu memastikan kenaikan harga yang dikenakan itu adalah munasabah.

“Mungkin ada barangan yang sukar diperoleh akan dijual dengan harga yang mahal tetapi sekiranya ia dinaikkan dalam 20 sen masih boleh diterima tetapi kalau melebihi harga yang telah dipamerkan dalam buku panduan dengan tidak munasabah mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata KPDNKK akan memberi notis kepada peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga sebelum menunggu penjelasan daripada peniaga dalam tempoh tujuh hari.

“Sekiranya mereka gagal memberi jawapan yang munasabah kita akan keluarkan kompaun dan rampas barang,” katanya.

Pengedaran buku PHP akan dibuat ke seluruh negara yang merangkumi enam pembahagian zon iaitu Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Sabah dan Zon Sarawak dan akan diagihkan secara percuma kepada semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

PHP juga boleh didapati di laman sesawang KPDNKK. – BERNAMA

Tags: pengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

11/09/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan `pengguna bijak terpedaya tidak'. Sebaris ayat yang amat tepat dan berpatutan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd