• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boeing Serah 723 Pesawat Komersial Pada 2014

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Boeing mencatat rekod industri dunia bagi penyerahan pesawat komersil paling tinggi dalam tempoh setahun, membabitkan 723 pesawat pada 2014, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar pesawat terbesar dunia buat tahun ketiga berturut-turut.

Tahun lepas, Boeing menerima 1,432 tempahan bersih bernilai US$232.7 bilion pada harga senarai.

Syarikat itu juga menambah rekod tunggakan tempahan komersil yang tidak dipenuhi sebanyak 5,789 pesawat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Commercial Airplanes Ray Conner berkata kejayaan oleh pasukan Boeing pada 2014 tidak pernah berlaku sebelum ini, terutama dalam berhadapan saingan sengit.

“Pencapaian Boeing adalah atas ketekunan kakitangannya yang berbakat, kepercayaan pelanggan ke atas produk kami serta usaha sama yang erat dengan pembekal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pesawat berangka besar Boeing -– 747-8, 767, 777 dan 787 Dreamliner menyumbang lebih 60 peratus penyerahan pesawat dua lorong tahun lepas, yang
memperkukuh kedudukan syarikat sebagai peneraju industri pesawat berangka besar.

Jumlah penyerahan pesawat 737 Next-Generation satu lorong juga mencatat peningkatan dengan penyerahan 485 pesawat pada 2014. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=qIv1ke_A4A4

Tags: Boeing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja

Next Post

Serangan Charlie Hebdo : Malaysia Juga Perlu Berhati-hati

Related Posts

Boeing Akan Gantung Pengeluaran Pesawat 737 Max

17/12/2019
0

WASHINGTON - Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Boeing, pada Isnin berkata ia akan menggantung pengeluaran pesawat jenis 737 Max pada Januari, lapor agensi...

‘Seseorang’ Kawal Pesawat MH370 Hingga Akhir Penerbangan

12/07/2019
0

SIASATAN awal para penyiasat Perancis yang diberi akses kepada sejumlah data penerbangan Boeing yang dihantar Malaysia Airlines sebelum nahas termasuk...

Next Post

Serangan Charlie Hebdo : Malaysia Juga Perlu Berhati-hati

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd