• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cikgu BM Joe Flizzow Turut Bangga Dengan Kejayaannya

oleh AK-47
21/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Demikian tuah diraih SonaOne dan Joe Flizzow apabila hasil ciptaan dan gandingan mereka menerusi lagu berjudul Apa Khabar dinobatkan sebagai pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-29.

Selain itu, lagu Apa Khabar turut diangkat sebagai Lagu Terbaik Hip Hop di Anugerah Industri Muzik yang berlangsung hujung tahun lalu.

Joe-Flizzow-Sona-One-Tampil-Kejutan-Di-Pentas-AJL-29-ROTIKAYA1-700x412

Kejayaan demi kejayaan kedua-dua penyanyi yang memartabatkan dunia Hip Hop ini pastinya mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Menariknya, salah seorang bekas guru Bahasa Melayu Joe Flizzow turut berkongsi perasaan gembira dan bangga akan kejayaan pelajarnya suatu ketika dahulu.

Cikgu-Bangga-Pencapaian-Joe-Flizzow-Di-AJL-29-ROTIKAYA-590x361

Luahan yang mempunyai makna cukup mendalam ini jelas menunjukkan bekas tenaga guru Joe iaitu Cikgu Aminnudin bangga atas pencapaian pelajarnya kini.

Cikgu Aminnudin  turut mendedahkan, minat Joe sudah terlihat sejak dahulu lagi apabila anak muridnya itu sering menyanyi hingga membuahkan keyakinannya bahawa Joe bakal menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti.

Joe  yang membaca luahan gurunya ini turut memuat naik ucapan tersebut di Instagram miliknya dengan ucapan terima kasih sekaligus mencuri tumpuan peminat hiburan.

Joe Flizzow

“Got this from an ex-classmate from SMSU. Terima kasih Cikgu Aminnudin untuk tunjuk ajar sewaktu saya bersekolah dulu. Terima kasih juga kerana memperkenalkan puisi, sajak, pantun, syair dan bermacam lagi kepada kami sewaktu kelas Bahasa Malaysia. Sekarang tiba giliran saya pula untuk berkongsi puisi dan karya saya. Jasamu dikenang,” kata Joe.

Diharap moga Joe Fizzow akan terus berkarya demi memperkembangkan industri seni hiburan seterusnya memartabatkan industri seni tempatan ke mata antarabangsa.

-MYNEWSHUB.CC

Video Lagu Apa Khabar

Tags: joe flizzow
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Sarawak Tidak Anti Orang Semenanjung

Next Post

Hishammuddin Nafi Pernah Hantar Surat Kepada FBI

Related Posts

Malaysia Pertimbang Cari Semula MH370

Hannah Yeoh ‘Tegur’ Joe Flizzow

03/03/2024
0

KUALA LUMPUR: "Pakaian sekolahnya tak seperti pakaian sekolah yang normal. Dia memakai seluar 'baggy' dan baju selalunya tak 'tuck in'...

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

14/05/2023
0

PETALING JAYA: Penyanyi Hip Hop terkenal tanah air, Joe Flizzow, 44, menegaskan tidak pernah mempunyai sengketa dengan penyanyi, Malique, 45,...

Next Post

Hishammuddin Nafi Pernah Hantar Surat Kepada FBI

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd