• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Mengaku Tak Bersalah Dera Anak Sampai Kelaparan

oleh Ahmad Albab
22/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mendera anaknya berusia tujuh tahun di Sungai Dua, dekat sini.

Mohd Shaikful Adli Mohd Afendi, 34, didakwa menganiaya dan mendedahkan kanak-kanak di bawah jagaannya itu kepada kecederaan fizikal dan emosi di sebuah rumah di Sungai Dua, Seberang Perai Utara pada pukul 7.23 malam, 15 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman memohon mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas alasan kes itu adalah serius, selain kekerapan kes penderaan kanak-kanak sejak kebelakangan ini.

“Saya memohon tertuduh tidak boleh dijamin kerana mangsa juga adalah anak kepada tertuduh dan ada kemungkinan tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan,” katanya.

Peguam yang mewakili Mohd Shaikful Adli, Saiful Ambar Abdullah Ambar kemudian memohon mahkamah membenarkan jaminan kepada anak guamnya berdasarkan kes Lolanopita Sadi, ibu remaja Orang Kurang Upaya, Muhammad Firdaus Dullah, yang berdepan dua pertuduhan mengikut Akta Kanak-kanak 2001, yang dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah.

Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab kemudian membenarkan Mohd Shaikful Adli diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan, jika gagal, jaminan akan ditarik balik.

Muhammad Firdaus turut menetapkan 25 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik pada Khamis lepas (15 Jan).

Kanak-kanak itu masih dirawat di Hospital Seberang Jaya. – BERNAMA

Tags: Dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd