• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Kelantan Dinasihat Bersedia Gelombang Ketiga!

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Rakyat di Kelantan dinasihat supaya sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan banjir gelombang ketiga berikutan cuaca tidak menentu pada masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata mereka perlu patuh kepada arahan berpindah yang dikeluarkan pihak berkuasa dan tidak menunggu sehingga waktu kritikal.

“Saya minta semua orang bersiap siaga dan apabila amaran mengarahkan berpindah, maka pindah secepat mungkin. Masalah besar adalah apabila orang berpindah semasa banjir, ketika air naik dan sesetengah tempat kita kena paksa mereka pindah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Kelestarian Kesihatan Penduduk Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Shahidan berkata, kerajaan melalui jabatan dan agensinya sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir gelombang ketiga, termasuk persiapan pengangkutan, pusat pemindahan dan bekalan makanan.

“Semua ketua jajahan di negeri ini telah diarahkan supaya sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan namun kita berharap sekiranya berlaku gelombang ketiga ia tidak seteruk gelombang kedua pada bulan lepas,” katanya.

Pada gelombang kedua banjir yang berlaku bulan lepas, lebih 104,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri ini.

Shahidan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mendaftarkan semua sukarelawan termasuk dari Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat membantu semasa banjir dan pasca banjir supaya mudah untuk digerakkan pada masa depan.

Beliau berkata, semangat sukarelawan yang ditunjukkan mereka adalah amat tinggi dan kerajaan amat menghargai sumbangan mereka. – BERNAMA

Tags: BanjirKelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peniaga Terjejas Banjir Disaran Mohon Bantuan Kerajaan

Next Post

Tren LRV Jalani Ujian Seminggu Lagi

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Next Post

Tren LRV Jalani Ujian Seminggu Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd