• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Bekalan Elektrik Di Perak Pulih

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan bekalan elektrik di semua kawasan terjejas akibat banjir di Perak sebelum ini telah pulih.

Pengurus Besar Kanan (Operasi – Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Abdul Aziz Abdul Majid berkata, kesemua 88 Pencawang Elektrik (PE) yang terpaksa di potong bekalan elektrik sebelum ini telah kembali beroperasi.

“Status bekalan elektrik di Pahang juga beransur pulih dengan jumlah PE yang belum dipulihkan menurun kepada tiga sahaja berbanding 585 yang terpaksa dipotong bekalan elektrik semasa banjir memuncak baru-baru ini.

“Tiga PE tersebut terletak di Jerantut iaitu di Batu Balak, Monggol dan Kampung Gusai dimana terdapat kerosakan pada talian TNB yang ditimpa pokok dan dahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Aziz turut memaklumkan status tahap pemulihan bekalan elektrik di Kelantan berada pada tahap 98 peratus kerana jumlah PE yang telah dipulihkan meningkat kepada 1,937 berbanding 1,960 yang terpaksa dipotong bekalan semasa banjir memuncak.

“Pasukan teknikal TNB sedang giat memulihkan bekalan elektrik kepada baki 23 PE masing-masing 12 di Kuala Krai, 10 di Gua Musang, dan satu di Jeli.

“Dengan keadaan cuaca yang mengizinkan sekarang, kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan secara berterusan oleh TNB bagi memulihkan baki keseluruhan 26 PE di dua negeri,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: BanjirTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd