• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angin Kencang, Laut Bergelora Kategori Kedua Sehingga Ahad

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Menurut Jabatan Meteorologi hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

“Keadaan sama turut dijangka berlaku di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Labuan,” menurut kenyataan itu.

Tiupan angin kencang Timur Laut dan laut bergelora tahap kategori pertama akan berterusan sehingga Ahad ini di perairan Kelantan dan Terengganu dengan kelajuan angin 40 hingga 50 km/jam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m.

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori ketiga akan berterusan sehingga Ahad ini juga di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dengan kelajuan angin melebihi 60 km/jam dengan ketinggian ombak melebihi 4.5m.

“Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” kata Jabatan Meteorologi. – BERNAMA

Tags: Meteorologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sederhana Melanda Rantau Sumbawa, Indonesia

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 Skala Richter menggegar Rantau Sumbawa, Indonesia pada 2.43 petang tadi. Jabatan Meteorologi...

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Sabah

08/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) berserta ombak mencapai ketinggian hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd