• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amuk Bagai Dirasuk Hantu Hanya Kerana RM50

oleh Ahmad Albab
01/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hanya kerana RM50, seorang anak bagaikan dirasuk hantu apabila tergamak mengugut mahu menikam bapa dan seluruh ahli keluarganya guna pisau, dalam kejadian di Kampung Alur Tembesu, Dungun, Isnin lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 1.50 pagi ketika mangsa berusia 45 tahun berada di rumah mereka sebelum menerima SMS daripada anak lelakinya yang berusia 15 tahun meminta wang RM50.

Jelasnya, semasa kejadian, suspek yang hanya berada di dalam bilik turut mengugut akan mengamuk sekiranya permintaannya itu tidak ditunaikan.

“Sejurus membaca SMS kiriman suspek, mangsa tidak mengendahkan permintaan itu menyebabkan suspek naik angin sebelum keluar dari biliknya kira-kira 40 minit kemudian dalam keadaan marah.

“Suspek bukan sahaja biadab dengan memaki hamun mangsa dan ahli keluarga lain menggunakan kata-kata kesat malah turut mengugut akan menggunakan kekerasan termasuk mahu merosakkan peralatan yang ada di dalam rumah,” katanya.

Kata sumber lagi, semasa kejadian, suspek turut memegang sebatang besi penyidai kain selain terdapat wayar telefon di dalam poket seluar dipakainya dipercayai mahu digunakan untuk mencederakan mangsa dan ahli keluarga lain.

“Suspek juga ada mengugut mahu menikam mangsa dan ahli keluarga lain.. mangsa memaklumkan suspek kerap kali mengamuk terutama apabila permintaannya untuk dapat wang tidak dipenuhi termasuk pernah mengacukan pisau ke arah mangsa dan ahli keluarga yang ada di dalam rumah.

“Mangsa juga memaklumkan sebelum ini mereka banyak kehilangan barangan berharga seperti barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit dipercayai dilakukan suspek memandangkan mangsa pernah terjumpa memori kad miliknya di dalam bilik suspek,” katanya.

Kata sumber, suspek yang dipercayai penagih dadah juga sering menggunakan Proton Iswara milik datuknya serta motosikal jenis Demak dan Proton Wira milik mangsa tanpa kebenaran bagi tujuan jenayah.

Susulan kejadian, mangsa yang bimbang keselamatan dirinya dan ahli keluarga mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Dungun untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah sahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=yrF9bf6Y0w4

Tags: lelakimengamuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd