• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aki Ra, Wira Kemboja Bekerja Musnahkan Periuk Api

oleh AK-47
18/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki warga Kemboja, Aki Ra dikenali sebagai wira di negaranya kerana bekerja membersihkan kawasan yang penuh dengan periuk api.

Laman web Oddity Central menceritakan, Aki Ra sanggup melakukan tugas itu berseorangan atas satu tujuan iaitu menjadikan negaranya selamat untuk rakyat sendiri.

Satu ketika dahulu, Kemboja ditanam dengan lebih enam juta periuk api di bawah tanah khususnya di kawasan sawah padi dan hutan untuk membunuh musuh ketika peperangan.

MENARIK – Letupan Di Gurun Kedah Disebabkan Bom – Polis

Ia digunakan ketika perang dengan Vietnam dan turut digunakan oleh rejim Khmer Rouge yang kejam untuk menghapuskan musuh-musuh mereka.

Aki Ra menghabiskan harinya dengan menebas kawasan lapang dan kemudian dengan hati-hati memeriksa kawasan itu jika ada tertanam periuk api menggunakan alat pengesan logam.

Kerapkali, dia terjumpa periuk api bersaiz ‘puck’ hoki ais lantas Aki Ra akan memusnahkannya dengan cara letupan terkawal.

Sebelum ini Aki Ra sebenarnya merupakan anggota tentera kanak-kanak Khmer Rouge dan kini sudah berpengalaman lebih 22 tahun membersihkan negaranya daripada alat yang membunuh itu.

Berjaya Bersihkan 50,000 Periuk Api

Antara tahun 1997 hingga 2007, beliau berjaya membersihkan kira-kira 50,000 periuk api dengan menggunakan sebilah pisau lipat, sebatang kayu dan kedua-dua belah tangan sahaja.

“Saya periksa tanah dengan kayu hingga menjumpai periuk api.

“Seterusnya saya akan gali sekelilingnya untuk memastikan tiada cara lain untuk ia meletup, kemudian saya tanggalkan peledaknya dan periuk api itu tidak lagi berbahaya,” katanya.

Biarpun Aki Ra tiada pengalaman rasmi membersihkan periuk api, beliau telah menerima Pengiktirafan Latihan Memusnah Periuk Api pada 2008 dan kini mempunyai pasukan pemusnah periuk apinya sendiri.

Aki Ra menggunakan peralatan terkini dan khas untuk kerja pembersihan periuk api selepas mendapat pengiktirafan rasmi pada 2008.
Aki Ra menggunakan peralatan terkini dan khas untuk kerja pembersihan periuk api selepas mendapat pengiktirafan rasmi pada 2008.

Kini, beliau sudah mula menggunakan peralatan khas di samping turut melatih masyarakat Kemboja cara-cara memusnahkan sendiri periuk api.

Keluarga Mangsa Pembunuhan Beramai-Ramai 

Aki Ra dilahirkan pada tahun 1970 dan ibu bapanya merupakan antara 1 juta warga Kemboja yang maut dalam insiden pembunuhan beramai-ramai oleh Khmer Rouge. Ketika 10 tahun, dia diambil bekerja oleh Khmer Rouge untuk memasak, memburu dan membasuh pakaian askar lain.

Kemudian, beliau diberikan senjata dan disuruh berperang.

Aki Ra mula menjalankan tugas pembersihan periuk api pada tahun 1992 apabila Tentera Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di Kemboja.

Selepas itu pada tahun 1997, Aki Ra sudah berjaya mengumpul terlalu banyak komponen bom, senjata dan juga bom tentera yang tidak meletup.

Aki Ra kemudiannya menubuhkan Muzium Periuk Api Kemboja di Siem Reap di mana pengunjung akan diberikan pendedahan berkenaan bahaya periuk api. -MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: BomKemboja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita mendakwa  asal Kamboja merayu bantuan Indonesia bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd