• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

400 Tan Sumbangan Projek Astro Kasih Untuk Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Stesen televisyen Astro bersama syarikat Tesco Malaysia telah mengumpulkan sumbangan lebih daripada 400 tan barangan untuk disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, usaha di bawah Projek Bantuan Banjir Astro Kasih ini telah berlangsung pada minggu lalu selama lima hari di lima buah pusat pengumpulan iaitu Tesco Extra Ara Damansara, Tesco Extra Ipoh, Tesco Extra Puchong, Tesco Extra Seremban 2 dan Tesco Extra Desa Tebrau.

“Kempen ini melibatkan personaliti televisyen dan radio Astro termasuklah orang ramai yang sama-sama berganding bahu dalam pengumpulan dan pengagihan sumbangan serta hebahan maklumat.

“Sepanjang lima hari pengumpulan, suasananya jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sememangnya sangat prihatin atas kejadian banjir yang berlaku. Setakat ini kumpulan barangan sumbangan pertama telah pun mula dihantar sejak Ahad lalu,” katanya kepada mStar Online.

Antara bekalan makanan yang telah dikumpul termasuklah air minuman, beras, biskut, minyak masak, susu formula, susu tepung dan makanan dalam tin serta barangan lain seperti selimut, tuala, lampin pakai buang, tuala wanita, serbuk pencuci, berus dan ubat gigi, tilam, pakaian, kain sarong, sabun dan syampu.

Projek Bantuan Banjir Astro Kasih itu turut mendapat kerjasama daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Astro turut menyumbangkan hasil kutipan daripada undian (khidmat pesanan ringkas) SMS program Maharaja Lawak Mega 2014 minggu lalu serta hasil jualan filem televisyen Astro First berjudul Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris ke Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Sementara itu, penyampai radio ERA fm, Adi Fashla yang turut terlibat dengan projek tersebut berkata, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan pengalaman itu sedikit sebanyak memberikan pengajaran dalam diri untuk sentiasa bersedia dengan segala musibah yang melanda.

“Saya sendiri pernah mengalami situasi banjir ini, dan saya faham apa yang sedang dilalui oleh mangsa. Saya mendoakan mereka sentiasa tabah menghadapi dugaan ini,” ujarnya.

Sementara itu, penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob pula berkata, dia gembira apabila melihat ramai orang tidak kira bangsa turun padang dalam memberikan bantuan. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=32mpEy9sJ6c

Tags: astroBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd