Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Video: Kejam Sungguh! 5...

SAAT kami membaca posting ini di Facebook, kami sendiri terkejut dan berang. Bagaimanalah...

Anak Cina, Tamil M’sia...

KUALA LUMPUR - Perwakilan UMNO Terengganu dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU)...

Bekas Wartawan Utusan Tubuh...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan bekas wartawan akhbar Utusan Melayu yang mengambil Skim Pemisahan...

“Wan Nak Cari Missy-Missy...

"WAN nak cari missy-missy (jururawat) semua nanti di Padang Mahsyar," itulah ungkapan yang terngiang-ngiang...

Pemimpin PKR Sokong DAP, Anggap Hadi Awang Mengarut

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya secara terbuka mempertahankan pendirian DAP dan menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Latheefa berkata, dakwaan Abdul Hadi dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa pilihan raya itu jika diadakan boleh mengundang tragedi 13 Mei berulang sebagai mengarut.

“Sangat mengarut menyatakan pilihan raya PBT itu boleh menyebabkan polarisasi kaum dan perpecahan . Mereka yang menyatakan ini jelas mempunyai agenda tersembunyi,” dakwanya dalam satu kenyataan media.

Latheefa berkata, rakyat negara ini tidak lagi melihat antara satu sama lain melalui kanta bangsa dan agama sebaliknya .melihat mereka sebagai rakyat Malaysia.


Beliau mendakwa, mereka yang berkata demikian adalah ahli politik yang berfikiran sempit dan mementingkan diri kerana mahu terus mengekalkan tentang mitos perkauman.

“Ini adalah satu penghinaan kepada integriti dan kebijaksanaan pengundi Malaysia,” dakwanya.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori