• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Piza Daging Babi ‘Halal’ Dijual Di Singapura

oleh
24/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Sebuah syarikat pengedaran bahan makanan antarabangsa, Liban Foods di sini mengesahkan Dr. Oetker Ristorante Hawaii Pizza, salah satu produk sejuk beku popular mereka sebagai tidak halal di pasaran republik itu.

Dalam kenyataan kepada media pada Khamis, syarikat itu turut menafikan beberapa gambar yang disebarkan menerusi laman siber kononnya piza beku jenama tersebut sebagai halal untuk dimakan umat Islam sebenarnya adalah amat palsu.

“Bungkusan asal produk piza ini tiada memiliki sijil halal dan ia juga tidak pernah diisytihar sebagai makanan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura kerana produk ini memang sah mengandungi daging babi,” tegas jurucakap Liban Foods.

Syarikat itu mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja menyebar gambar piza tersebut dengan paparan label halal dan mereka telah melaporkan kepada pihak berkuasa Singapura mengenai gambar itu sebagai kes penipuan komersial.

“Kami prihatin implikasi serius isu ini dari segi hukum agama dan menyeru orang ramai tidak menyebarkan gambar berkenaan jika menerimanya selain menghubungi talian atau e-mel kepada Liban Foods untuk penjelasan rasmi,” kata kenyataan itu.

Media tempatan turut menyiarkan gambar-gambar sebenar produk piza asal dengan perisa babi berbanding produk tiruan yang kononnya mempunyai dua pelekat logo halal berbeza daripada pihak berkuasa agama Islam antarabangsa.

Produk Dr. Oetker yang berasal dari Jerman amat terkenal sejak diasaskan pada 1891 sebagai pengeluar terbaik barang makanan pengguna jenis sejuk beku seperti keju, yogurt, emping jagung, tepung kek dan puding selain minuman.

Firma itu memiliki lebih 26,000 pekerja di seluruh dunia dengan perolehan tahunan kira-kira €10 bilion, malah turut terlibat dalam bisnes perkapalan, perbankan, penerbitan, insurans dan rangkaian hotel di negara-negara Eropah.

Selain dijual di Singapura, produk piza Dr. Oetker turut dijual di pasaran Eropah selain Australia, Afrika Selatan, Brazil, Kanada, India, Namibia serta negara-negara Islam antaranya Arab Saudi, Lebanon dan Malaysia. – Agensi

Tags: babiHalalSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa Kerajaan Madani bakal hilang keyakinan komuniti bukan Melayu jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd