• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

200,000 Tan Sampah Dipungut Di Negeri Dilanda Banjir

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sebanyak 200,000 tan sampah dipungut di negeri dilanda banjir setakat ini, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata jumlah itu dijangka mencecah antara 300,000 hingga 400,000 tan pasca banjir berikutan masih terdapat kawasan ditenggalami air.

“Ini adalah cabaran kepada kementerian dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana ada tapak pelupusan sampah yang turut dibanjiri air dan rosak,” katanya kepada pemberita selepas melawat kerja gotong-royong pasca banjir di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah membuka tiga tapak pelupusan sampah sementara di Temerloh, Pahang.

“PBT boleh membuka pusat pelupusan sampah sementara jika ada keperluan,” katanya.

Mengenai kos membaiki harta benda awam, infrastruktur dan pembersihan di kawasan seliaan majlis daerah atau PBT, Abdul Rahman berkata anggaran awal kos boleh mencecah sehingga lebih RM100 juta dan kemungkinan RM200 juta selepas semuanya diperincikan.

Mengenai Bandar Diraja Kuala Kangsar, beliau berkata keutamaan diberikan kepada membaik pulih infrastruktur seperti jeti dan kawasan persisiran sungai, memandangkan upacara pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan berlangsung tidak lama lagi.

“Saya telah berbincang dengan exco kerajaan negeri yang telah mengumpul data dan akan membentangkannya di mesyuarat exco kerajaan negeri. Mereka seterusnya akan panjangkannya kepada kementerian ini serta kementerian berkaitan yang lain.

“Kita tiada masalah untuk membantu mana-mana infrastruktur awam. Kita beri keutamaan di kawasan PBT yang terlibat dan senarai itu hendaklah datang daripada mereka dan mereka mesti memberi kita senarai keutamaan yang boleh kita lakukan dalam masa terdekat, contohnya parit dan jalan raya” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah mengarahkan syarikat konsesi untuk menambah aset bagi memastikan proses pembersihan di negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), dilakukan secepat mungkin.

“Kita juga bekerjasama dengan syarikat konsesi untuk membantu kerana mereka mempunyai peralatan canggih yang mungkin tidak diperolehi oleh PBT di negeri-negeri yang tidak menerima pakai akta itu. Kita minta syarikat konsesi berkenaan untuk beri bantuan dari segi kelengkapan jentera pembersihan dengan peralatan canggih,” kata Abdul Rahman.

Beliau memohon Kementerian Kewangan agar mempertimbangkan peruntukan untuk menyediakan peralatan yang mencukupi bagi menghadapi bencana banjir.

“Kita dapati di kawasan-kawasan tertentu tidak mmpunyai peralatan mencukupi dan kita akan panjangkan permohonan kepada Kementerian Kewangan dalam masa terdekat bagi menangani isu ini dengan lebih berkesan pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd