Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bayi Terlampau Besar, Zizie...

PELAKON putih gebu, Zizie Izzate, 39, difahamkan bakal melahirkan sepasang bayi kembar selewat-lewatnya...

Kim Swee Gantikan 6...

KUALA LUMPUR - Jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee terpaksa...

Anwar Angkat Sumpah Petang...

KAJANG – Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Istiadat Pengurniaan...

Pesara Polis Maut Kemalangan...

KOTA TINGGI - Seorang pesara polis maut selepas kereta jenis Honda City yang...

Amboi! Panjang Berjela Nama Anak-Anak Zaman Kini

Kalau pada era 80 hingga 90-an, kebanyakan ibu bapa memilih nama yang singkat dan ringkas untuk diberikan kepada anak-anak. Mungkin di benak mereka, ia akan memudahkan semua pihak untuk memanggil anak mereka nanti.

Tapi, semenjak sepuluh tahun kebelakangan ini, satu ‘penyakit’ semacam melanda ibu bapa yang memilih untuk menamakan bayi mereka dengan nama panjang-panjang.

[BACA INI JUGA : Nama Isteri Panjang, Pengantin Lelaki Sebut Sekali Lafar Jerr]

Kalau dahulu, mereka memilih pangkal ‘Muhammad’ atau ‘Ahmad’ untuk diletakkan di hadapan nama anak, kemudian satu nama yang mempunyai maksud baik sebagai nama panggilan atau boleh dikatakan sebagai ‘first name’.

Tapi sekarang, nama kanak-kanak macam tak sempurna kalau tak cukup tiga perkataan atau lebih, kan?

3972083708_992c0ccaf6_o1

Satu senarai nama murid sekolah yang baru mendaftar di darjah tiga di sebuah sekolah mula tersebar di media sosial baru-baru ini dan menjadi buah mulut ramai pengguna kerana trend nama panjang tersebut memang benar-benar berjangkit kepada semua ibu bapa murid tersebut.

Namun, ada satu nama yang paling ‘win’ dalam kalangan nama yang disenaraikan itu. Nak tahu yang mana satu, tengok nama yang diletakkan paling bawah sekali.

NUR FATHANIAH THARIYAH KARIMAH FARWIZAH ZAHABIYAH SYAHIRAH

Nah! Panjang kan? Kalau ada yang perasan, tahap panjang nama tersebut sampaikan kotak yang dibuat untuk membahagikan nama murid itu terpaksa dipadamkan atas sebab tak muat!

Melalui ruang komen di akaun Facebook Friends of BN yang memuat naik gambar senarai nama tersebut, ramai yang mengkritik trend pemilihan nama yang terlampau panjang oleh ibu bapa zaman kini.

Untitled (4)


Namun, kebanyakannya bersetuju bahawa ia bakal memberikan kesukaran terhadap anak-anak itu nanti apabila ia meningkat dewasa.

Tulis pemilik akaun Aziz Mohamad, “Orang lain dah jawab 50 soalan dalam exam, dia hitamkan nama tak siap lagi. Mak bapa ni tak fikir anak nak exam ke?”

Betul juga pendapatnya, kan? Yelah, kalau difikirkan, masa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti, pelajar perlu menghitamkan sendiri nama atas kertas jawapan dan kalau sudah terlalu panjang maka ia akan membuang masa.

Ada juga yang berkata, ia bakal menyusahkan si suami apabila tiba saat untuk akad nikah nanti sambil menspesifikkan kepada nama yang terpanjang dalam senarai tersebut.

Apa-apapun, kalau dilihatkan trend tersebut, ia tidaklah memberi impak yang besar terhadap murid-murid tersebut.

Mungkin terlalu teruja untuk menimang cahaya mata, kebanyakan ibu bapa memutuskan untuk memilih beberapa nama yang ‘sedap’ buat bayi yang bakal dilahirkan.

Tapi bila nak isi sijil lahir, mereka tak tahu nak pilih nama yang paling sesuai, lantas mereka letak semua nama yang mereka pilih tu! – MYNEWSHUB.CC

 

Video Ketua Kelas Sekolah Rendah Yang Garang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori