Gelang kecergasan pintar Mi Band secara rasminya akan memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM59, sekaligus menjadikan ia salah satu gelang pintar kecergasan termurah di pasaran ketika ini.
Mi Band Xiaomi merupakan gelang tangan pintar yang memfokuskan kepada kecergasan.
Bagaimana pun untuk pengenalan Mi Band tidak akan dijual secara berasingan sebaliknya ditawarkan melalui pakej jualan bersama peranti mudah-alih Xiaomi,  Redmi Note 4G  pada harga RM648.
Mi Band tidak menyertakan skrin tetapi hadir dengan beberapa sensor dan mempunyai masa bertahan bateri sehingga 30 hari.
Menggunakan Mi Band, pengguna boleh memantau beberapa data termasuk jumlah kalori yang telah dibakar ketika melakukan aktiviti kecergasan seperti larian, senaman dan sebagainya.
Ia juga boleh digunakan untuk memantau cara tidur,  tetapi memerlukan pengguna memakainya ketika sedang tidur.
Sebuah aplikasi khusus disediakan untuk pengguna melihat dan menganalisa ketika memakai Mi Band.
Buat masa ini aplikasi ditawarkan terhad untuk pengguna Android sahaja tetapi dijangka, akan turut disokong iPhone tidak lama lagi.
Gelang tangan pintar ini juga membawakan fungsi sokongan boleh bergetar ketika anda menerima panggilan, selain kalis air.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

