• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Pemegang Lesen Syarikat Didakwa

oleh Ahmad Albab
09/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wakil pemegang lesen syarikat jual beli saham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan melupuskan 6.2 juta unit saham syarikat pengeluar dan penjual barangan berasaskan getah, APL Industries Berhad, tujuh tahun lepas.

Tiong Kiong Choon, 54, didakwa melupuskan jumlah unit saham itu, yang dipegang dalam akaun Sistem Depositori Pusat milik dua individu, yang tidak boleh didapati secara umum dan mempunyai kesan material terhadap nilai saham itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini pada 26 dan 29 Oktober 2007 mengikut Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda minimum RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti T.Chelvakumar menawarkan jaminan RM500,000 dengan dua orang penjamin dan memohon pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Namun, peguam D.Krishna memohon jaminan dikurangkan kepada RM100,000 atas alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan.

Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 15 Januari untuk sebutan kes. – BERNAMA

Tags: Syarikat Tempatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey: Keutamaan Kepada Syarikat Tempatan – Loke

Pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey: Keutamaan Kepada Syarikat Tempatan – Loke

22/06/2024
0

PELABUHAN KLANG : Kerajaan akan memberikan keutamaan kepada syarikat tempatan sebagai operator mengendalikan pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, dekat...

Kilang Mi Jenama ‘Melayu’ Disita, Halal Pun Diragui

11/12/2015
0

STATUS terbaharu seorang pengguna Facebook, Normala Yusoff  yang mendakwa satu jenama mi kononnya menggunakan nama 'Melayu' tetapi sebenarnya diragui kehalalannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd