• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Pulih Operasi 616 Pencawang Elektrik kawasan Terjejas Banjir

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulihkan operasi 616 pencawang elektrik di kawasan-kawasan terjejas banjir setakat pukul 4 pagi ini.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB Abdul Aziz Abdul Majid dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan operasi pemulihan pencawang elektrik itu dilakukan di kawasan yang selamat dan air telah mulai surut.

“Cabaran paling besar adalah untuk membekalkan kembali tenaga elektrik ke negeri Kelantan disebabkan paras air yang masih tinggi dan akses laluan yang sangat terhad,” katanya.

Abdul Aziz berkata Kelantan masih merupakan negeri yang kehilangan beban tenaga paling tinggi iaitu 148MW melibatkan 152,660 pengguna diikuti Pahang (40MW dengan 20,352 pengguna), Terengganu (12MW dengan 5,209 pengguna) dan Perak (4MW sebanyak 2,825 pengguna).

“Setakat ini TNB telah memulihkan sebanyak 51 megawatt (MW) daripada 205MW bekalan tenaga yang terjejas melibatkan 357 pencawang di Kelantan, 162 di Pahang, 72 di Terengganu dan 25 di Perak,” katanya.

Abdul Aziz yang juga Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB berkata syarikatnya telah memasang 53 set janakuasa dengan kapasiti 500 kiloWatt (kW hingga 1,000kW dan 23 set janakuasa jenis mudah alih dengan kapasiti 4kW hingga 40kW di lokasi-lokasi tertentu.

“Sehubungan itu warga kerja TNB turut ditingkatkan menjadi 1,500 orang daripada 1,000 orang sebelum ini ke kawasan-kawasan banjir untuk memantau pemasangan, pemulihan bekalan serta membantu pemindahan dan penghantaran bantuan kepada mangsa,” katanya.

Orang ramai dinasihati mengutamakan aspek keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454. – BERNAMA

Tags: BanjirTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd